Wednesday 29 April 2015

MENU MAKAN TENGAH HARI DI TGIF

Teks: Norwani bt Sulikin

Entri 11

Tahukah anda TGIF dengan melakukan promosi di smua cawangan, makan tengah hari untuk dua orang berjumlah RM 45.90?


kebetulan minggu lepas bersiar siar untuk makan tengah hari. dari bermula steamboat kepada burger dan akhirnya ke TGIF wangsa walk, wangsa maju.

kebetulan smua ini bila ade promosi. sgt la berbaloi untuk dicuba. menu termasuk lah, stater yang pelbagai pilihan, main dish dan untuk dessert cuma tambah RM 10 ringgit. sgt berbaloi bagi kami. banyak pilihan pulak tu.

sepatutnya starter sampai dulu, tetapi disebabkan stress menguruskan kenduri kesyukuran uzair semalam nya maka saya memilih untuk makan dessert terus. alhamdulillah tidak medukacitakan.

pencuci mulut;

berbaloi dengan harga RM10. whip cream, ais krim satu cawan tu dalam ade kekacang, makan memang tidak memuakkan.

pembuka selera





hidangan utama

taco untuk saya. memang mengenyangkan. tak dapat habiskan, kasi bawak bekal balik.



burger untuk encik suami


dan ini adalah peneman saya dunia dan akhirat





Jumlah kerosakkan termasuk Air dan tax adalah RM 88.00







Sunday 26 April 2015

SURAT KEPADA CIKGU - 1

teks : norwani bt sulikin

Entri 10

kepada cikgu,

ketahuilah saya bukan la pelajar pemalas,saya sangatlah sibuk menyelesaikan dua majlis kesyukuran untuk anak saya. oleh kerana itu segala kerja rumah saya terpaksa ditunda.

satu majlis kesyukuran telah diadakan yang bakal saya ceritakan nanti, tetapi saya sangat lah runsing bila mana kerja sekolah saya tidak menjadi didalam blog. agak kelakar tetapi itulah ciri-ciri saya yang suka kalah dipertengahan jalan. alhamdulillah suami lagi sekali penyelamat yang memberi semangat untuk menyambung semula kisah didalam blog ini.

jadi sebelom saya bermula dengan kisah majlis kesyukuran yang penuh dengan drama saya menyampaikan entri ini dahulu sebagai nota diatas kelewatan saya menyambung kelas ini.

sekian



anak murid yang degil.



Sunday 19 April 2015

CARA MEYUSUKAN ANAK KALI PERTAMA

Teks : Norwani bt Sulikin

entrie 9

sumber : google

buat saya selepas melahirkan uzair tidak berjaya untuk menyusukan dia. sedikit perasaan kecewa tetapi Allah maha mengetahui. oleh itu saya bertekad untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin pada masa hadapan. sudah semestinya saya ingin kan anak yang ramai untuk keluarga kami.

berikut adalah cara yang betul untuk penyusuan ibu pertama kali,

Bagaimanakah cara untuk mula menyusukan bayi saya?

Memandangkan sesi penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal ketika anda masih perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika cara itu berkesan bagi anda dan bayi. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.


Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berlainan. Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum mula menyusukan.


Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh payu dara anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng anda di antara gusi bayi dan puting anda. Kemudian cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat melakukan apa yang perlu seterusnya.

untuk saya, yang penting jangan putus asa, dapatkan ilmu yang secukupnya dan kerap kan bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman.

untuk uzair dia tidak mahu menyusu terus kepada puting maka akhirnya kami menjumpai penyelesaian, nipple protection shield.  dan sejak itu uzair menyusu seperti biasa. walaupun ralat tidak dapat menyusu uzair sepunuhnya tapi saya bersyukur uzair tetap dapat merasai susu anugerah Allah ini.



BISKUT GERMAN COOKIES UNTUK DIJUAL

Teks : Norwani bt Sulikin

Entri 8

Diantara produk hasil tangan saya yang pertama ialah biskut german cookies. untuk dua tahun menyambut hari raya saya membuat biskut ini dan mendapat pujian. mudah dan bahan-bahan senang untuk didapati.


product : biskut german cookies
RM 25 / 25 pcs
hubungi : 0175539912 - wani
COD ; Sri petaling, Westport Port Klang

MENGENALI SIMPTOM KOLESTROL TINGGI

Text : Norwani bt Sulikin

Entri 7

selepas bersalin kepada uzair, dengan berat badan hampir 90kg saya disarankan untuk pergi ke klinik obesiti. Selepas 4 bulan bersalin, saya pergi ke klinik obesiti dan mendapati kolestrol jahat saya hampir dengan bacaan 5. Terkejut dengan bacaan itu dan terus bersetuju untuk mengikuti kelas fisioterapi dengan kata lain kelas senaman setiap minggu dibahagian fisioterapi.

selain itu saya mulai menjaga tabiat pemakanan. elakkan makanan bergoreng dan berminyak. dan banyak kan  sayur dan ikan. suami juga terpaksa mengikuti menu sihat ini kerana selepas berkhawin badan suami jugak menampakkan peningkatan berat.

antara perkara yang saya lakukan ialah.

1. SENAMAN

alat senaman sudah lama ada dirumah tetapi tabiat malas mengatasi, mengenangkan kolestrol maka bersenam perlu dilakukan sekurang nya dua puluh minit sehari.

2. PEMAKANAN

saya mula bertukar kepada sarapan pagi oat. sumber dari sini

Kerap makan oat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah anda. Oat mengandungi beta glukan yang merupakan serat larut yang membantu menyerap kolesterol daripada badan semasa penghadaman. Kandungan karbohidratnya digelar "Frukto-oligosakarida" mampu merangsang pertumbuhan bakteria baik yang penting untuk merangsang kesihatan usus. Dengan jantung dan saluran penghadaman yang dijaga dengan baik, kita mengambil langkah yang lebih sihat berbanding mereka yang mengambil kurang bijirin penuh. Oat boleh dinikmati di dalam pelbagai cara, tetapi cara yang lebih mudah adalah dengan menikmati biskut Jacob's Oatmeal, yang penuh dengan kebaikan oat.

saya mula membuat overnight oat. 



resepi :

Bahan - bahan

Rolled Oats
Susu Segar
Yogurt
Buah-buahan segar
Coklat sirap / Madu
Botol Kaca - untuk kesan sejuk yang optimun

cara-cara

isikan rolled oat didalam botol, selepas itu isikan susu segar, oat dan madu. kacaukan sebentar sehingga sebati. sejukkan didalam peti sejuk semalaman. keesokkan harinya, keluarkan dan makan bersama buah-buahan segar kegemaran.

untuk saya, lebih suka tidak dicampur dengan buah-buahan. dan oat yang dibiarkan lebih lama lebih sedap.

selain itu saya jugak minum susu Omega 3 nestle

sumber dari sini 

tahukan anda?

Salah satu faktor risiko penyakit jantung ialah tahap kolestrol tinggi.Pengambilan 2 gelas Omega Plus memberi anda 1.2g sterol tumbuhan yang berkesan mengurangkan tahap kolestrol darah.



Menurunkan Kolesterol: 15 Tips untuk Menghindari Penyakit Jantung
info dari sini 

Langkah-langkah Sederhana untuk Turunkan Kolesterol
Apakah dokter Anda mengatakan bahwa Anda memiliki kolesterol tinggi? Maka Anda tahu jika Anda perlu mengubah pola makan dan gaya hidup untuk menurunkan kolesterol dan risiko penyakit jantung. Walaupun dokter Anda meresepkan obat kolesterol untuk menurunkan tingkat kolesterol, Anda masih akan perlu mengubah pola makan dan menjadi lebih aktif untuk kesehatan jantung Anda. Beberapa tips sederhana ini dapat membantu Anda menjaga kadar kolesterol.

 Kolesterol Baik dan Kolesterol Buruk

Tubuh Anda membutuhkan sejumlah kecil kolesterol agar berfungsi dengan baik. Tetapi kita mungkin mendapatkan terlalu banyak lemak jenuh dan kolesterol dalam makanan kita, yang keduanya membuat kenaikan tingkat kolesterol LDL (kolesterol “buruk”). Kolesterol LDL dapat menyebabkan plak berkumpul di arteri, yang akan menyebabkan penyakit jantung. Disisi lain, kolesterol HDL (kolesterol “baik”), membantu membersihkan kolesterol “buruk” dari darah Anda. Anda ingin menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL, dan ini dimulai dengan pola makan Anda.


Bagian Pengaturan: Gunakan Tangan
Kebanyakan orang Amerika makan makanan porsi besar, dengan porsi dua kali lipat dari ukuran yang direkomendasikan untuk kesehatan yang baik. Hal tersebut dapat menyebabkan kenaikan berat badan dan tingginya kolesterol. Berikut adalah cara mudah untuk berlatih mengontrol porsi makan Anda: gunakan tangan Anda. Satu porsi daging atau ikan seukuran yang pas dengan telapak tangan Anda. Satu porsi buah segar seukuran kepalan tangan Anda. Dan satu porsi sayuran matang, nasi, atau pasta seharusnya seukuran pas dengan tangan tertangkup Anda.

Sajian Makanan Sehat untuk Jantung
Isi piring Anda dengan buah-buahan dan sayuran sebanyak 5 sampa 9 porsi dalam sehari untuk membantu menurunkan kolesterol LDL (kolesterol “buruk”). Antioksidan dalam makanan tersebut dapat memberikan manfaat itu. Atau mungkin dengan makan lebih banyak buah dan sayuran, maka kita akan berkurang makan makanan yang berlemak. Bagaimanapun juga, Anda akan membantu menurunkan tekanan darah dan mempertahankan berat badan yang sehat. Makanan yang diperkaya dengan sterol, seperti beberapa margarin oles, yogurt, dan makanan lainnya, juga dapat membantu menurunkan kolesterol LDL.

Untuk Kesehatan Jantung, Lihatlah ke Laut
Pola makan sehat bagi jantung memiliki menu ikan sebanyak dua kali seminggu. Mengapa? Ikan memiliki lemak jenuh rendah dan asam lemak sehat omega-3 yang tinggi. Asam lemak omega-3 membantu menurunkan tingkat trigylcerides, satu jenis lemak dalam darah. Mereka juga dapat membantu menurunkan kolesterol, memperlambat pertumbuhan plak di arteri. Pilih ikan berlemak, seperti salmon, tuna, trout, dan sarden. Hanya saja, jangan menjatuhkan filets ke dalam penggorengan karena Anda akan menghilangkan manfaat kesehatannya.

Mulai Hari Anda dengan Gandum
Semangkuk oatmeal atau sereal gandum memiliki manfaat yang bertahan sepanjang hari. Serat dan karbohidrat kompleks dalam gandum membantu Anda merasa kenyang lebih lama, sehingga Anda akan kurang tergoda untuk makan berlebih pada waktu makan siang. Gandum juga membantu mengurangi kolesterol LDL (kolesterol “buruk”) dan dapat menjadi bagian penting dari strategi penurunan berat badan Anda. Contoh lain dari Gandum yaitu beras liar, popcorn, beras merah, barley, dan tepung gandum.

Makan Kacang untuk Kesehatan Jantung
Butuh camilan? Sejumlah kacang merupakan makanan lezat yang membantu dalam menurunkan kolesterol. Kacang-kacangan memiliki lemak tak jenuh tunggal yang tinggi, yang menurunkan kolesterol LDL (kolesterol “buruk”) sementara meninggalkan kolesterol HDL (kolesterol “baik”) utuh. Beberapa studi menunjukkan bahwa orang yang makan sekitar satu ons kacang sehari memiliki risiko penyakit jantung lebih rendah. Kacang-kacangan memiliki lemak dan kalori tinggi, jadi hanya makan secukupnya. Dan pastikan mereka tidak terkandung dalam gula atau coklat.

Lemak Tak Jenuh Melindungi Jantung
Kita semua membutuhkan sedikit lemak dalam pola makan kita, sekitar 25% sampai 35% dari kalori sehari-hari. Namun jenis lemak yang diperlukan adalah lemak tak jenuh, seperti yang ditemukan di kanola, zaitun, dan minyak safflower, dimana lemak ini membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol “buruk”) dan dapat membantu meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol “baik”). Sedangkan lemak jenuh, seperti yang ditemukan dalam mentega dan minyak kelapa sawit, dan lemak trans, akan meningkatkan kolesterol LDL. Walau begitu, lemak baik memiliki kalori, sehingga makan perlu secukupnya saja.

 Lebih Banyak Kacang, Kurangi Kentang
Anda membutuhkan karbohidrat untuk energi, tetapi beberapa membuat tubuh Anda lebih baik dibandingkan yang lainnya. Gandum, seperti beras coklat atau quinoa, pasta gandum, dan kacang-kacangan memiliki lebih banyak serat dan lebih sedikit meningkatkan kadar gula. Hal tersebut membantu menurunkan kolesterol dan membuat Anda merasa kenyang lebih lama. Karbohidrat lain, seperti yang ditemukan di roti putih, kentang putih, beras putih, dan kue kering, meningkatkan kadar gula darah lebih cepat, yang menyebabkan Anda merasa lapar lebih cepat, dan dapat meningkatkan risiko untuk makan berlebihan.

 Olahraga!
Dengan 30 menit aktivitas fisik, lima hari seminggu (20 menit, tiga kali seminggu untuk olahraga berat, seperti jogging) dapat membantu menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL, dan tentunya lebih banyak latihan tentu lebih baik. Olahraga juga membantu Anda mempertahankan berat badan ideal, mengurangi kesempatan Anda untuk mengembangkan arteri tersumbat. Anda tidak perlu berolahraga selama 30 menit langsung, namun Anda dapat memecahnya menjadi bertahap 10 menit.

 Berjalan-jalan
Jika Anda tidak terbiasa berolahraga atau benci pergi ke gym, maka Anda dapat berjalan-jalan. Hal ini sangat mudah, menyehatkan, dan yang Anda butuhkan hanya sepasang sepatu. Latihan aerobik atau kardiovaskular seperti berjalan kaki, menurunkan risiko stroke dan penyakit jantung, membantu Anda menurunkan berat badan, dan menjaga tulang tetap kuat. Jika Anda baru memulai, cobalah berjalan kaki 10 menit dan secara bertahap meningkat.

 Berolahraga Tanpa Pergi ke Gym
Jika latihan kedengarannya seperti kata yang memberatkan bagi Anda, maka ada beberapa kabar baik bagi Anda: Anda dapat meningkatkan kesehatan jantung Anda dengan memasukkan aktivitas fisik ke dalam keseharian Anda. Setiap jenis aktivitas kardiovaskular seperti: berkebun, menari, atau menggunakan tangga dan bukan lift dapat dilakukan. Bahkan pekerjaan rumah tangga dapat memenuhi syarat sebagai latihan, selama Anda melakukan pembersihan serius yang membuat detak jantung Anda naik dan tidak hanya membersihkan debu.

 Pegang Kendali Kesehatan Anda
Jika Anda memiliki kolesterol tinggi, maka Anda dan dokter Anda mungkin menggunakan sejumlah strategi untuk menurunkan kadar kolesterol. Anda mungkin bekerja pada pola makan Anda, menurunkan berat badan, berolahraga lebih banyak, dan mungkin meminum obat kolesterol. Ada juga tindakan lain yang dapat Anda ambil, untuk memastikan Anda tetap di jalur yang benar.


 Apa yang Harus Dilakukan Ketika Makan Diluar
Jika Anda makan makanan sehat di rumah untuk menjaga kolesterol, maka jangan merusaknya ketika Anda makan diluar. Makanan restoran dapat mengandung lemak jenuh, kalori, dan natrium. Bahkan mungkin pilihan makanan sehat bisa memiliki ukuran porsi besar. Cobalah beberapa tips berikut untuk tetap berada di jalur:
  • Pilih makanan yang dipanggang, dioven, dikukus, dan dibakar, dan jangan yang digoreng.
  • Pisahkan saus di pinggir.
  • Berlatih kontrol porsi dengan meminta setengah makanan Anda dibungkus sebelum makanan dibawa keluar.
Waspada Perangkap Tersembunyi
Lebih memperhatikan label gizi sangat penting untuk pola  makan rendah kolesterol dan jantung sehat. Cobalah beberapa tips ini:
  • Periksa ukuran sajian. Info gizi mungkin terlihat bagus, tetapi apakah paket berisi satu atau dua porsi?
  • Jika ada tulisan “gandum,” maka baca kandungan bahannya. Tepung gandum atau gandum seharusnya yang tertulis pertama kali.
  • Sebuah makanan dengan “kolesterol 0 gram” masih mungkin meningkatkan kolesterol LDL Anda. Karena lemak jenuh merupakan penyebab lain yang perlu diperhatikan.

 Jangan Stress
Stres kronis dapat meningkatkan tekanan darah, menambah risiko aterosklerosis, yang terjadi ketika plak dari kolesterol menumpuk di arteri. Dan penelitian menunjukkan bahwa untuk beberapa orang, stres mungkkin dapat langsung meningkatkan kadar kolesterol. Kurangi tingkat stres Anda dengan latihan relaksasi, meditasi, atau biofeedback. Fokus pada pernapasan Anda dan ambil napas yang dalam dan menyegarkan. Ini adalah cara pengurang stres sederhana yang dapat dilakukan di mana saja.

 Ketika Turun Berarti Menang
Kehilangan berat badan adalah salah satu hal terbaik yang dapat Anda lakukan untuk melawan penyakit kardiovaskular. Obesitas meningkatkan risiko kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, dan diabetes tipe 2. Semua itu mempengaruhi arteri Anda, membuat mereka lebih rentan untuk mengumpulkan plak dari kolesterol. Menurunkan berat badan, terutama lemak perut, yang terkait dengan pengerasan pembuluh darah, membantu meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol “baik”) dan mengurangi kolesterol LDL (kolesterol “buruk”).


 Ikuti Saran Dokter Anda
Mengelola kolesterol anda merupakan proses seumur hidup. Temui dokter Anda secara teratur untuk mengawasi kesehatan Anda. Ikuti rekomendasi dokter anda mengenai pola makan, olahraga, dan pengobatan. Dengan kerjasama Anda dan dokter Anda, maka Anda dapat menurunkan kadar kolesterol dan menjaga jantung Anda tetap kuat.

Selamat mencuba.




HERO HATI SAYA - MUHAMMAD UZAIR AFNAN

Teks : Norwani bt Sulikin

Entri 6

Memperkenalkan, hero hati saya, setahun setengah menunggu baru Allah berikan rezeki. Alhamdulillah


Nama : Muhammad Uzair Afnan
Umur : 5 bulan
Hobi : menyorok bawah sofa

sudah pandai meniarap, ke depan dan kebelakang. banyak akal, kadang-kadang pening ummi nak melayan. kalau diingatkan perangai seperti ummi.

Walaupun banyak pancaroba yang terpaksa ditempuhi selama setahun setengah sebelom Allah memberikan nikmat kehamilan, selepas itu nikmat bersalin yang akan saya ceritakan, tetapi sehingga kini saya masih tidak menyangka Allah memberikan saya nikmat menjadi seorang ibu.

setiap hari walau penat tetap segar bila bermain bersama hero ini.

semoga uzair menjadi anak yang soleh, yang taat pada ajaran islam dan menyayangi orang sekeliling. yang paling penting semoga uzair mendapat jodoh yang baik dan boleh membawa uzair ke syurga.

amin.

Saturday 18 April 2015

PETUA TRADISIONAL UNTUK ANAK SELSEMA


Teks : Norwani bt Sulikin

Entrie 5

Sumber : google image


Uzair sudah dua kali selsema dan kali ini selsema dia agak lama untuk pulih. sudah pergi ke klinik dan doktor memberitahu bahawa anak yang berumur bawah setahun memang mengambil masa agak lama untuk pulih.

Sebagai ibu saya lebih berminat untuk menggunakan petua tradisional untuk mengubati selsema bayi. buat masa sekarang saya menggunakan KUNYIT HIDUP.

 


petua lama:

asahkan kunyit pada bawah pasu atau batu giling dan letakkan pada hidung bayi, elok diletakkan selepas bayi mandi atau semasa tidur.

cara saya:

picit-picitkan kunyit sehingga keluar air jus dan sapukan pada hidung bayi. buat masa sekarang Alhamdulillah selsema uzair semakin pulih. Dan saya akan sapu sekerap mungkin dihidung bayi.


selamat mencuba.

RESEPI - SARAPAN PAGI 19.04.2015

Teks : Norwani bt Sulikin

Entri 4

Assalamualaikum,

Selamat pagi,

Menu kami suami isteri pada pagi ini.

 
Resepi murtabak meggi
 
bahan-bahan
 
1 bungkus meggi yang dicelur
2 biji telur
garam
lada sulah
bawang
 
cara-cara
 
gaulkan smua bahan bahan diatas.
panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak.
tuangkan bancuhan kedalam kuali sehingga masak.
hiasankan dengan salad, cheese, mayonis dan sos.
siap.
 
 

JURNAL - PERKENALAN 2010

 
Teks  : Norwani bt Sulikin
 
Entri 3
 
 
 
 

Mengenali jejaka ini melalui alam maya yahoo massanger pada tahun 2010. Pada masa itu saya aktif berforum disalah satu forum dialam maya. pada ketika berchatting di alam maya saya tidak pernah tertarik pada jejaka ini.  Setelah hampir beberapa bulan bersembang di yahoo massanger kami bertukar facebook. Masih lagi tiada rasa cinta pada ketika itu. ketika mengenali jejaka ini dia masih menyambung pelajaran di salah sebuah university kuala lumpur dalam bidang Ijazah Teknologi Maklumat tahun akhir dan saya sudah bekerja di salah sebuah syarikat oil and gas di sekitar KLCC.

Setelah berjanji temu kami masih terus berkawan tanpa ada rasa apa apa, tetapi mesti berhubung setiap hari. sehingga ada satu ketika dia pulang ke kampong untuk melawat keluarga dan ketika itu ada perasaan seperti kehilangan. akan hilang sahabat yang menemani setiap hari di telefon mahupun berjumpa untuk makan malam. mula ada perasaan resah gelisah, dan tarikh dia pulang sudah tiba. melepaskan jejaka ini dengan perasaan yang berat tetapi berjaya mengharungi tiga hari tanpa dia disisi.

Dan selepas saat itu, tiada kata ingin melamar seperti kekasih lain, tapi kami tahu kami masing-masing memerlukan. dan terbitlah perasaan sayang. Alhamdulillah dari sayang kepada cinta menghasilkan percintaan hampir dua tahun sebelom kami membuat keputusan untuk bertunang pada tahun 2011.


Dari mengenali jejaka ini seorang yang kurus sehingga terlebih berat badan Alhamdulillah dia masih sama dari dahulu, cuma saiz pinggang yang berbeza. terima kasih kerana menerima saya seadanya sehingga bergelar isteri. mengharungi segala corak cabaran yang mendatang dan Insyaallah rumah tangga kita akan bahagia.

CIRI - CIRI  LELAKI / PEREMPUAN MEMINATI ANDA  tips dari sini

1. Memerhati Dalam Diam.
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, iaitu samaada dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.
 
2. Mula Menegur.
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.
 
3. Sentiasa Ingin Dekat.
Biasanya bila anda meminati seseorang, anda akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja dia pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
 
4. Mengajak Keluar.
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.
 
5. Sering Menelefon.
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Dia akan panik jika anda terluka
Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau akan anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.

7. Dia sentiasa mengutamakan anda
Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak – agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh – sungguh dan  dia juga akan pastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera.
 
8. Dia ambil masa untuk bertentangan mata dengan anda
Lelaki itu ternyata suka akan anda jika dia mengambil masa untuk bertentangan mata dengan anda. ini kerana dia rasa berdebar – debar untuk menatap wajah wanita yang dia suka.
 
9. Dia dapat tangkap isi hati anda
Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Dia sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.
 
10. Dia tahu banyak hal mengenai anda
Lelaki akan peka terhadap wanita yang dia suka terutamanya perkara yang di sukai dan perkara yang tidak di sukai oleh wanita tersebut. Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda.
 
11. Dia merenung anda ketika anda tidak melihatnya
Lelaki yang suka akan anda, dia akan renung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.
 
12.Memilih Untuk Berkahwin.
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Sesetengah orang menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk semua pihak.


BISKUT COKLAT CHIP UNTUK DIJUAL

Teks : Norwani bt Sulikin

Entrie 2

Bermula dari minat memasak dan hanya menjamu kepada rakan rakan rapat, saya mula beralih mencuba membuat biskut. Alhamdulillah, daripada tujuh jenis biskut yang saya cuba lima daripadanya menjadi. setelah tiga kali mencuba membuat biskut coklat chip saya akhirnya memberanikan diri membawa sample untuk dicuba ke pejabat. dan Alhamdulillah mendapat pujian.

Dengan niat jika diizinkan Allah saya ingin menjual biskut coklat chip ini, pada hari yang sama di surau pejabat saya, seorang rakan ketika itu mengandung bercerita bahawa dia mengidam makan biskut raya. Kebetulan sample biskut masih berbaki dan saya memberikan kepada nya untuk dicuba. Dan itulah tempahan pertama saya. Syukur pada tuhan yang telah  murahkan rezeki saya,

Keesokkan hari saya bertanya kepada rakan sepejabat jika dia mahu membeli biskut lebihan, dimana saya buat satu bancuhan boleh peroleh dua bekas untuk dijual, dan Alhamdulillah ia berjaya dijual. Kebetulan suami juga ada membawa contoh biskut coklat chip  untuk jamuan Tahun Baru Cina dipejabatnya dan mendapat dua tempahan.

Pada mulanya takut untuk mencuba dalam bidang masakan biskut ini tetapi Alhamdulillah, idea untuk mengembangkan perniagaan ini mencurah-curah buat masa sekarang. Perlu kesabaran dan usaha yang gigih untuk memastikan biskut coklat chip ini berjaya masa dimasa hadapan.


product : biskut coklat chip
RM 25 / 400 gram
hubungi : 0175539912 - wani
COD ; Sri petaling, Westport Port Klang

Friday 17 April 2015

PENGENALAN DIRI

Text : Norwani bt Sulikin

Assalamualaikum,

Dua malam saya mencari idea untuk sesi pengenalan ini tetapi tiada idea lagi ingin menulis. Terasa ingin berputus asa tetapi mengenangkan suami yang sentiasa menyokong idea WAHM ini maka gagahkan diri mencari idea.

Nama saya Norwani, saya dilahirkan pada bulan oktober 1983. Alhamdulillah sudah 32 tahun Allah meyurniakan usia ini berserta dengan keadaan kesihatan yang sihat. Anak ke empat dari lima adik beradik. Mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan juga seorang adik perempuan. Jarak saya dan adik saya adalah sebelas tahun. Mungkin kerana jarak yang jauh, saya kadang-kadang dipanggil dengan panggilan "adik" oleh adik beradik saya dan anak penjaga saya dahulu semasa kecil.

Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sg Tiram dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Batu Sepuluh, Lekir. Selepas itu saya menyambung pelajaran Pra - Diploma di Universiti Teknologi Mara Kuala Pilah selama 6 bulan. Mengambil jurusan Diploma Komputer Sains di Universiti Teknologi Mara Arau Perlis selama 3 tahun. Saya mengambil latihan  industri di salah sebuah syarikat teknologi sistem di Sri Manjung, Perak selama enam bulan.

Selepas tamat latihan industri saya terus mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Pada masa itu tiada niat ingin menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah kerana memikirkan tidak mahu membebankan ibu dikampung dan berbakti kepada nya.

Pekerjaan pertama saya sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di Vads, untuk syarikat TM net , Streamyx. Disana saya banyak belajar teknik percakapan dalam bahasa enggeris dan alhamdulillah saya masih menggunakan teknik itu sehingga kini. Hampir 5 bulan saya bekerja di Taman Tun Dr Ismail dan saya berjaya membeli harta pertama saya iaitu motosikal modenas kriss. Masih lagi dalam keadaan baik sehingga kini dan digunakan oleh ibu saya. Peristiwa saya pernah diragut ketika menaiki motosikal menyebabkan saya truma dan saya mencari pekerjaan lain selepas lapan bulan bekerja disana. Akhirnya saya mendapat kerja di Megan Avenue 2, Ampang park dan selepas itu di Amcorp Mall, Kedua-dua pekerjaan ini saya bekerja sebagai Helpdesk. Ketika itu saya masih mencari rentak apakah minat saya dialam perkerjaan ini. Pekerjaan terakhir saya didalam bilang teknologi maklumat adalah sebagai Data Operator di Cyberjaya selama hampir 2 tahun sebelum saya bekerja di bidang Oil and Gas. Semasa bekerja di Cyberjaya jugak lah saya berjaya memperoleh harta saya yang kedua iaitu sebiji kereta Myvi.

Mengenali seorang lelaki dialam maya ketika itu, dan berjumpa sambil bertukar pendapat mengenai pengalaman menyambung belajar secara kebetulan memberi peluang saya menghantar resume saya kepada syarikat dia bekerja. Ketika itu saya menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kewangan secara sambilan tahun pertama. Alhamdulillah saya diterima bekerja sebagai Pembantu Am kepada Asset Manager di salah sebuah syarikat berhampiran KLCC. Saya bekerja disana selama tiga tahun, dan disitulah saya menemui minat saya terhadap pekerjaan. Di sana saya diajar cara-cara membeli barang-barang kapal, menyusun fail kapal, berkomunikasi bersama anak-anak kapal dan sebagainya. Alhamdulillah, saya beroleh seribu satu pengalaman dari segi pekerjaan, pergaulan dan sosial.

Syarikat saya pada masa itu mengalami masalah kewangan dan akhirnya saya mendapat perkejaan lain di Kuala Lumpur juga, dan semasa bekerja disyarikat itulah saya berkhawin bersama pilihan hati setelah 2 tahun bercinta. Perkhawinan yang ringkas dan meriah. Alhamdulillah. Disyarikat ini juga saya mempunyai ramai kawan kawan yang membantu dari segi emosi dan rohani kerana saya belom lagi dikurniakan anak pada masa itu dan mendapat tekanan kerana umur sudah tiga puluh tahun.

Setelah itu, rezeki perkhawinan saya mendapat pekerjaan dalam bidang operasi di salah sebuah syarikat di Sri Petaling sehingga sekarang. Bekerja disyarikat ini banyak mengajar saya erti kehidupan dan menerima orang disekeliling kita dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah, selepas tiga bulan saya bekerja disini saya mendapat berita gembira, saya hamil. Dan sembilan bulan selepas itu saya dikurniakan dengan seorang anak lelaki.

Pengalaman meninggalkan anak buat kali pertama pada pengasuh pada hari pertama bekerja membuatkan saya berfikir, sampai bila saya mahu bekerja dan meninggal kan anak pada orang lain. Dan sejak itu saya mencari-cari peluang perniagaan yang sesuai untuk saya ceburi. Alhamdulillah, Allah menyurniakan idea untuk membuat biskut coklat chip untuk dijual. Dan saya sudah mendapat beberapa tempahan. Ini lagi membuatkan saya mahu menceburi bidang perniagaan yang relax tapi boleh membantu pendapatan suami isteri. Dan akhirnya saya menjumpai WAHM ini dan suami adalah pendorong utama untuk saya menceburi bidang ini. Terima kasih suami. Insyaallah saya akan menggunakan segala ilmu yang dibekalkan ini dan berusaha sehingga berjaya berhenti kerja dalam masa dua tahun lagi.

Amin.