Saturday 27 June 2015

Ais blanded buah strawberry

Teks : norwani sulikin

Entri 29

Alhamdulillah ramadhan datang lagi. Seperti biasa kebanyakkan hari dibulan puasa saya lebih suka memasak sendiri. Kami suami isteri lebih suka terus ke hidangan berat untuk bebuka puasa.

Kebetulan ada strawberry yang masih belom dimakan dan idea terus datang untuk ais blanded strawberry. Bila idea tiba kena lah disegerakan pembuatan kerana pernah strawberry tu kecut sahaja didalam peti sejuk.

Nampak luaran seperti tidak sedap tetapi cuba lah harus menjilat jari. Encik suami yang tidak berapa gemarkan buah strawberry pun dua kali tambah.



Resepi

Bahan-bahan
Buah strawberry
Yogurt
Ais ketul
Ais krim vanila

Cara-cara
Kisarkan smua bahan tadi. Pastikan perasa adala selari dan sedap.

Siap



Monday 22 June 2015

Biskut raya untuk dijual

Teks : norwani sulikin

Entri 28

Alhamdulillah, sudah 5 hari kita berpuasa. San projek bulan puasa saya pun bermula. Semoga murah rezeki kami untuk tempahan biskut raya tahun ini. Ini kali pertama saya mengambil tempahan. Setakat ini tempahan agak memberangsangkan, saya pun takut untuk menerina banyak tempahan, ketuhar saya saiz kecil sahaja.

Buat masa ini saya fokuskan kepada empat jenis biskut.


Crazy crunch
RM15/30 pcs


Biskut semperit
RM15/30 pcs


Biskut mentega
RM15/30pcs


Biskut chocolate chip
RM15/30pcs

Untuk sesiapa yang ingin menempah biskut boleh lah menghubungi saya dia;

Fb: norwani sulikin
Ig: norwani sulikin
Email: pnnorwanisulikin@gmail.com

Wednesday 17 June 2015

Menu sahur hari pertama 2015

Teks : norwani sulikin

Entrie 26

Assalamualaikum,

Alhamdulillah tahun ini sudah 3 tahun saya menjalani ibadah puasa sebagai isteri. Tahun lepas pertama kali dapat puasa penuh ketika mengandungkan uzair. Tahun ini mungkin tidak tetapi perasaan lain bila mmana sudah menjadi ibu.
Mungkin kerana agak kepenatan dan uzair merengek sepanjang malam maka menu sahur adalah ringkas sahaja.


Nasi putih, sambak telur, dan rendang.

Hari pertama mungkin agak tidak berselera kami berdua. Encik suami pun selsema.

Masih mencari idea untuk menu berbuka puasa.

Perlu mencari menu yang mudah dan cepat.


Uzair juga menemani kami bersahur bersama-sama. Mujur dia merengek, jika tidak mungkin kami tidak bersahur tadi.



Sunday 14 June 2015

Menu makan tengah hari

Teks : norwani sulikin

Entri 25


Akibat keletihan balik dari traning di bukit tinggi, saya malas ingin melakukan aktiviti luar. Maka hari ini adalah projek masak.

Menu ayam masak merah, sayur sawi sos tiram dan begedil ( resepi sendiri)

Resepi ayam masak merah

Bahan-bahan

Ayam
Cili,bawang besar,halia,belacan dikisar halus.
Minyak
Asam keping
Garam
Gula
Sos cili

Cara-cara
Gorengkan ayam sehingga sedikit garing. Angkat dan toskan.
Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi, danmasukkan cili kisar,goreng sehingg garibg. Dan masuk kan sos cili,asam keping,garam dan gula.
Masukkan ayam goreng tadi dan biarkan seketika.
Siap.

Resepi sayur sawi sos tiram

Bahan-bahan

Sawi
Bawang putih
Sos tiram
Air
Minyak
Garam

Cara-cara
 Masuk kan minyak dan gorengkan bawang putih.
Masuk kan sos tiram dan letakkan sedikit air.
Masukkan sawi dan goreng seketika.
Siap.


Resepi begedil

Bahan-bahan


Kentang
Telur
Bawang goreng
Kacang buncis
Sedikit mentega
Cili merah
Bawang cincang

Cara-cara


Rebuskan kentang sehingga lembut
Sementara itu potong dadu kacang buncis,cili dan bawang.
Kentang yang sudah lembut dilenyek bersama mentega.
Masukkan bahan yang telah dipotong dadu dan bawang goreng. Bentukkan bulat.
Celupkan kedalam telur dan goreng.
Siap.



Alhamdulillaj. Lengkap makan tengah hari kami. Menu untuk sahur juga  boleh digunakan.

Selamat mencuba.

Traning dua hari satu malam - bahagian dua

Teks : norwani sulikin

Text 24

Hari kedua.

Akibat aktiviti karaoke tamat pada pukul 2 pagi, saya terlajak tidur. Hanya sempat bersarapan nasi lemak dalam keadaan kelam kabut sebelom aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi.

Aktiviti dimulakan dengan pemanas badan dan selepas itu bermula aktiviti acara mencari harta karun. Saya terpilih menjadi ketua kumpulan.
Acara pertama bermula dengan menjawan kuiz. Banyak soalan yang diberi. Saya menugaskan beberapa ahli untuk mencari jawapan. Secara jujur, saya pun tidak tahu jawapan yang diberi adalah betul atau tidak.
Selepas menjawab soalan yang diberikan dalan masa 30 minit, kami pergi ke acara kedua iaitu memotong nenas dan menbuat dekorasi nenas.
Aktiviti ke tiga ialah mencari duit syiling didalam kolam. Dan selepas itu acara menempak menggunakan senapang pin ball.

Percubaan menembak ke sasaran tetapi tidak berjaya. 

Selepas itu acara bergambar beramai-ramai. 

Alhamdulillah. Tamat hari kedua dan acara penutup. 

Makan tengah hari disediakan. Masa ini hanya memikir untuk pulang dan rindu pada uzair.

Tepat pukul 3 petang kami sampai dikuala lumpur. Pulang dan terus ambil uzair pada pengasuh. 

Sekian.



Training dua hari satu malam di bukit tinggi

Text : norwani sulikin

Entri 23

Buat pertama kali terpaksa meninggalkan uzair untuk pergi ke latihan yang diadakan oleh syarikat saya. Pada mula nya agak berat nak meninggalkan uzair bermalam dengan baba alhamdulillah baba berjaya mengharungi malam dengan berjaya.

Hari pertama

Bertolak dari  pejabat saya pada pukul 10 pagi dan sampai di colmar tropical bukit tinggi pada pukul 11.45 pagi. Hidangan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel. Untuk kaum adam mereka ke masjid untuk solat jumaat dan kaum hawa menunggu di bilik mesyuarat yang disediakan. Cuaca pada waktu itu agak suram dan sejuk.


Majlis dimulakan selepas kaum adam pulang dari solat jumaat. Setelah itu kami diberi kunci bilik masing-masing. Dan acara dimulakan. Dalam hati sangat bersebar kerana ini kali pertama saya menjadi pengacara majlis. Walaupun muka nampak bersahaja namun didalam hati hanya Allah saja yang tahu. Tip untuk menjadi pengacara majlis, hendaklah yakin pada diri sendiri. Saya juga tidak yakin pada mula nya dan berlatih untuk membaca nota yang telah dibuat, namun bila sudah mendapat klue maka saya terua kan sahaja dengan cara saya. Ringkas dan bersahaja.

Tamat hari pertama dengan penuh isu dan perbincangan dari pihak pekerja dan majikan.

Perbincangan diteruskan pada malam hari jjugak. Dan selepas tamat sesi perbincangan maka sesi karaoke diadakan. Setiap pekerja termasuk majikan kena menyanyi sebuah lagu. Dan seperti biasa kita perlulah yakin lalu boleh la menyanyi walaupun kalah. 

Lagu : sandarkan pada kenangan. Berduet bebersama abang pejabat.

Program hari kedua disambung ke entri seterusnya. 

Tungu





Thursday 4 June 2015

Biskut raya butter cookies dan coklat chip

Text : Norwani bt sulikin

Entri 22

Tahun ini buat pertama kali saya memberanikan diri mengambil tempahan biskut raya. Sample buat masa ini masih diedarkan kepada para sahabat.

Sentiasa dalam solat memohon bantuan sebab saya sendiri ada pasang surut tahap kerajinan. Kadang-kadang bila emosi rajin menjelma saya boleh menyiapkan dua jenis biskut (50 biji) dalam satu masa. Bila masa malas sebiji biskut pun malas nak buat.


Hanya dua jenis biskut ini sahaja saya mampu untuk menerima tempahan buat masa sekarang.

Biskut juga datang dengan pakej ekonomi iaitu

Biskut butter cookie - RM 15 (30 pcs)
Biskut coklat chip - RM 15 ( 30 pcs)

Hantaran terus jika anda di sri petaling atas sekitar westport. Untuk kawasan bandar kuala lumpur akan dilakukan pada hari minggu. Takut tak sempat dilakukan pada hari biasa.

Jangan lupa menempah ye. Boleh hubungi saya. Norwani - 0175539912

Resepi ayam panggang sedap

Text : Norwani sulikin

Entri 21

Beberapa hari sebelom ini dalam facebook ada ternampak resepi yang agak menarik dimata dan mudah. Selepas balik dari kampung haritu terus ke Hero membeli barang dapur. Memang nampak beza pembelian sebelom dan selepas GST.  Kena lah kite bijak berbelanja.

Maka, hari ditunggu sudah sampai. Mengikut resepi elok ayam ini diperap sekurang nya sejam atau semalaman lebih sedap tetapi memandangkan saya ini jenis yang sekejap nak masak sekejap nak makan diluar maka tidak berani mengambil risiko. Maka saya tidak perap ayam ini lama, dalam 15-30 minit saja.


Resepi seperti dibawah. ( untuk 2 orang)

Ayam panggang

Bahan-bahan

2 chiken whole leg
Kuib ayam knors (potong 2)
Halia ( ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Kicap manis
Sos tiram

Cara-cara

Basuh ayam dan lap kan dengan tisu dapur
Cucuk atau kelar ayam supaya senang meresap.
Lumurkan kiub ayam, halia, bawang putih, kicap manis, sos tiram. Biarkan selama sejam. Tetapi saya buat dln 15 minit.
Bakarkan sebentar diatas dapur sehingga agak kulit ayan garing. Pastikan anda meletakkan sedikit minyak diatas kuali. Selepas itu masuk kan didalam over. 200 celcius dalam masa 30-45 minit.
Siap.

Sos cendawan

Bahan-bahan

Sos carbonara ( 1 tin)
Sedikit mentega
Bawang putih
Cendawan butang
1 tin air

Cara-cara

Panaskan butter masukkan bawang putih
Masukkan cendawan biarkan seketika
Masukkan sos carbonara dan air
Biarkan sedikit pekat.
Siap.

Kentang putar

Bahan-bahan

3 biji kentang
Mentega
Susu segar
Garam
Lada hitam

Cara-cara

Rebuskan kentang sehingga empuk atau lembut. Gunakan garfu cucukb kentang untuk tahu sudah masak atau tidak.
Selepas itu toskan, tumbuk kentang sehingga hancur.
Masukkan mentega, jika mahu lebih sedap masukkan lebih mentega. Dan masuk kan sedikit susu. Sesuaikan tahap kelikatan yang anda mahu.
Masuk kan garam dan lada hitan.
Siap.

Masakan seperti ini hanya mengambil masa 30-45 minit sahaja. Apa yang saya lakukan ialah, perap ayam terlebih dahulu. Kemudian rebua kentang. Selepas tu sediakan bahan untuk sos cendawan.
15 minit ayam diperap bakar diatas dapur gas sebentar kemudian masukkan didalam oven.
Kemudian siap kan sos. Dlm masa sos siap, kentang susah lembut dan boleh siapkan kentang putar.

Ayam biarkan sehingga masa, dalam masa yang sama boleh la kemas kan rumah, basuh kain, atau bermain dengan muhammad uzairb budak kacak itu.

Cukup masa, baba pun sama dan makanan siap dimasak

Selamat mencuba.


Wednesday 3 June 2015

Salam takziah buat keluarga mertua

Text : Norwani Sulikin

Entri 20

Assalamualaikum.

Sudah agak lama meninggalkan blog kesayangan ini, sangat la sibuk dengan alam pekerjaan mahupun rumah tangga.

Semas cuti hari pekerja bulan lepas kami sempat pulang ke sungai petani. Pada masa itu abang ipar saya susah agak tidak sihat tetapi pihak hospital menyatakan tiada apa permasalahan Permasalahan. Maka kami berjalan ke alor star sebelom mahu pulang ke kuala lumpur bila mana ibu mertua menelefon menyatakan abg ipar telah dibawa ke hospital kerana hampir rebah didalan bilik air.

Kami terus bergegas ke hospital abdul halim dan menunda perancangan untuk pulang pada hari itu. Sempat juga bertemu dengan nya walaupun sebentar. Didalam hati masih berharap agar abg ipar akan pulih seperti biasa.

Tepat 26 hari abg ipar didalam wad icu, dia dipanggil ilahi. Alhamdulillah, anak-anak nya sempat untuk menatap wajah ayah mereka untuk kali terakhir.

Buat suami yang memang sudah membeli tiket untuk pulang ke sungai petani pada pukul 10 pagi dihari sabtu meneruskan perjalanan manakala saya menaiki kapal terbang untuk pulang.

Alhamdulillah, suami sempat untuk solat jenazah abang nya tetapi saya tidak sempat bérjumpa. Tidak mengapa, kerana hospital banyak membantu menyelesaikan jenazah secepat mungkin.

Buat keluarga arwah abang ipar diharap mereka tabah menghadapi ujian pada masa hadapan.

Dan segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kita sendiri.

Wallahuaklam.