Friday, 17 April 2015

PENGENALAN DIRI

Text : Norwani bt Sulikin

Assalamualaikum,

Dua malam saya mencari idea untuk sesi pengenalan ini tetapi tiada idea lagi ingin menulis. Terasa ingin berputus asa tetapi mengenangkan suami yang sentiasa menyokong idea WAHM ini maka gagahkan diri mencari idea.

Nama saya Norwani, saya dilahirkan pada bulan oktober 1983. Alhamdulillah sudah 32 tahun Allah meyurniakan usia ini berserta dengan keadaan kesihatan yang sihat. Anak ke empat dari lima adik beradik. Mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan juga seorang adik perempuan. Jarak saya dan adik saya adalah sebelas tahun. Mungkin kerana jarak yang jauh, saya kadang-kadang dipanggil dengan panggilan "adik" oleh adik beradik saya dan anak penjaga saya dahulu semasa kecil.

Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sg Tiram dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Batu Sepuluh, Lekir. Selepas itu saya menyambung pelajaran Pra - Diploma di Universiti Teknologi Mara Kuala Pilah selama 6 bulan. Mengambil jurusan Diploma Komputer Sains di Universiti Teknologi Mara Arau Perlis selama 3 tahun. Saya mengambil latihan  industri di salah sebuah syarikat teknologi sistem di Sri Manjung, Perak selama enam bulan.

Selepas tamat latihan industri saya terus mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Pada masa itu tiada niat ingin menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah kerana memikirkan tidak mahu membebankan ibu dikampung dan berbakti kepada nya.

Pekerjaan pertama saya sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di Vads, untuk syarikat TM net , Streamyx. Disana saya banyak belajar teknik percakapan dalam bahasa enggeris dan alhamdulillah saya masih menggunakan teknik itu sehingga kini. Hampir 5 bulan saya bekerja di Taman Tun Dr Ismail dan saya berjaya membeli harta pertama saya iaitu motosikal modenas kriss. Masih lagi dalam keadaan baik sehingga kini dan digunakan oleh ibu saya. Peristiwa saya pernah diragut ketika menaiki motosikal menyebabkan saya truma dan saya mencari pekerjaan lain selepas lapan bulan bekerja disana. Akhirnya saya mendapat kerja di Megan Avenue 2, Ampang park dan selepas itu di Amcorp Mall, Kedua-dua pekerjaan ini saya bekerja sebagai Helpdesk. Ketika itu saya masih mencari rentak apakah minat saya dialam perkerjaan ini. Pekerjaan terakhir saya didalam bilang teknologi maklumat adalah sebagai Data Operator di Cyberjaya selama hampir 2 tahun sebelum saya bekerja di bidang Oil and Gas. Semasa bekerja di Cyberjaya jugak lah saya berjaya memperoleh harta saya yang kedua iaitu sebiji kereta Myvi.

Mengenali seorang lelaki dialam maya ketika itu, dan berjumpa sambil bertukar pendapat mengenai pengalaman menyambung belajar secara kebetulan memberi peluang saya menghantar resume saya kepada syarikat dia bekerja. Ketika itu saya menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kewangan secara sambilan tahun pertama. Alhamdulillah saya diterima bekerja sebagai Pembantu Am kepada Asset Manager di salah sebuah syarikat berhampiran KLCC. Saya bekerja disana selama tiga tahun, dan disitulah saya menemui minat saya terhadap pekerjaan. Di sana saya diajar cara-cara membeli barang-barang kapal, menyusun fail kapal, berkomunikasi bersama anak-anak kapal dan sebagainya. Alhamdulillah, saya beroleh seribu satu pengalaman dari segi pekerjaan, pergaulan dan sosial.

Syarikat saya pada masa itu mengalami masalah kewangan dan akhirnya saya mendapat perkejaan lain di Kuala Lumpur juga, dan semasa bekerja disyarikat itulah saya berkhawin bersama pilihan hati setelah 2 tahun bercinta. Perkhawinan yang ringkas dan meriah. Alhamdulillah. Disyarikat ini juga saya mempunyai ramai kawan kawan yang membantu dari segi emosi dan rohani kerana saya belom lagi dikurniakan anak pada masa itu dan mendapat tekanan kerana umur sudah tiga puluh tahun.

Setelah itu, rezeki perkhawinan saya mendapat pekerjaan dalam bidang operasi di salah sebuah syarikat di Sri Petaling sehingga sekarang. Bekerja disyarikat ini banyak mengajar saya erti kehidupan dan menerima orang disekeliling kita dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah, selepas tiga bulan saya bekerja disini saya mendapat berita gembira, saya hamil. Dan sembilan bulan selepas itu saya dikurniakan dengan seorang anak lelaki.

Pengalaman meninggalkan anak buat kali pertama pada pengasuh pada hari pertama bekerja membuatkan saya berfikir, sampai bila saya mahu bekerja dan meninggal kan anak pada orang lain. Dan sejak itu saya mencari-cari peluang perniagaan yang sesuai untuk saya ceburi. Alhamdulillah, Allah menyurniakan idea untuk membuat biskut coklat chip untuk dijual. Dan saya sudah mendapat beberapa tempahan. Ini lagi membuatkan saya mahu menceburi bidang perniagaan yang relax tapi boleh membantu pendapatan suami isteri. Dan akhirnya saya menjumpai WAHM ini dan suami adalah pendorong utama untuk saya menceburi bidang ini. Terima kasih suami. Insyaallah saya akan menggunakan segala ilmu yang dibekalkan ini dan berusaha sehingga berjaya berhenti kerja dalam masa dua tahun lagi.

Amin.





No comments:

Post a Comment