Entri 33
Alhamdulillah, tahun ini kami beraya bertiga. ummi, baba and uzair. Insyaallah jika diikutkan perancangan tahun depan ingin menambah ahli keluarga.
Tahun ini kami beraya dirumah opah di sitiawan, perak. Kami bertolak pulang pada hari rabu petang. tidak berani mengambil risiko melalui jalan lebuhraya, kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan dr sungai besar ke teluk intan dan seterusnya ke sitiawan. Alhamdulillah, bertolak pada pukul 3.30 petang dan kami sampai tepat pada pukul 7.30 malam. sempat berbuka puasa alas perut sebelum makan makanan berat iaitu syabu syabu steamboat di Manjung.
ada kejadian menarik dimalam raya dimana saya telah digigit lipan. pada mula nya saya ingatkan hanya mimpi tetapi bila sakit itu semakin memuncak saya terus kejutkan suami dan mengajak ke hospital terdekat. kami pergi ke hospital pantai manjung, dan khidmat pelanggan yang diberikan adalah sangat memuaskan. doktor juga sangat baik melayan saya. sempat juga lah saya memberitahu saya tidak mahu masuk wad sebab esok nak raya.
gambar kami dihari raya pertama sebelum pegi ke rumah saudara mara. tahun ini saya berusaha untuk sedondon satu keluarga. dan kebetulan ramai juga yang bertemakan royal blue ini.
petang itu kami pulang ke sungai petani untuk menyambut raya bersama tok pula. biasa nya hari raya kedua keluarga suami akan masak spagetti tulang lembu.
raya tahun ini kami hanya bercuti sekejap kerana kedua kami perlu menyiapkan projek di pejabat. maka hari raya ke tiga kami sudah pulang ke kuala lumpur.
seperti biasa, jika pulang di hari raya akan mengambil masa yang luar biasa untuk sampai. perjalanan mengambil masa 14 jam untuk sampai ke kuala lumpur. dan sesudah sampai uzair bangun pada pukul lima pagi dan hanya tidur semula pada pukul tujuh pagi. terima kasih kepada encik suami yang sanggup melayan kerenah uzair kerana saya sudah tidak mampu menahan diri untuk tidur.
akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment