Entri 12
Sumber gambar : google.com
Pejam celik uzair sudah berumur 6 bulan. Alhamdulillah, walaupun menempuhi pelbagai cabaran semasa melahirkan dia, tapi uzair berjaya membesar bagaikan juara. Jadi sebagai ibu yang mementingkan konsep semulajadi saya mula mencari resepi untuk pemakanan bayi.
antara nya
Puri Kurma
Bahan - bahan
1. kurma
2. air
Cara - cara
1. buangkan biji kurma dan kulit nya sekali, steamkan lebih kurang 15 minit dan kisarkan sampai halus.
Puri Kentang
1. Kentang
2. Susu Ibu
Cara - cara
1 buagkan kulit kentang, steamkan / rebus sehingga lembut, kisarkan dan campurkan dengan sedikit susu ibu.
Bubur Nasi
1. beras
2. air
Cara-cara
1. rebuskan beras sehingga kembang, kisarkan bersama air dan tapis.
berikut antara tips untuk memberi makanan kepada bayi 6 bulan.
selamat mencuba!
Panduan pemakanan bayi 6 bulan ke atas, hasil dari www.sarakids.com
Makanan pejal atau solid food boleh dimulakan selepas bayi berumur 6 bulan. ^ bulan 1 hari, ibu2 dah boleh mula memperkenalkan anak dengan makanan pejal. Tetapi beberapa perkara harus di ambil kira iaitu:
1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal
2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)
4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)
6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar. apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.
7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan!
No comments:
Post a Comment