Tuesday, 19 May 2015

KENDURI KESYUKURAN DAN LIFT ROSAK

Teks : Norwani Sulikin

Entri 14

berikutan dengan entri 13 mengenai lif rosak saya sambung disini. terlalu panjang jika ingin diceritakan didalam satu entri.

kami menjemput tetamu dari surau berdekatan untuk majlis kesyukuran ini. dijangka kan tetamu dari surau adalah seramai 50 orang jemputan. tepat pukul 7 malam encik suami mengambil mereka dari surau untuk ke rumah kami. saya hanya menunggu dirumah, jarak antara rumah dan surau hanya dalam 15 minit tetapi tetamu masih belum sampai sehingga lah adik saya turun untuk mengambil sesuatu dari seorang rakan barulah diketahui bahawa lif rosak.

adik saya mengambil gambar mangsa yang terperangkap termasuk lah suami saya, tok imam, dan enam orang para jemaah surau.




agak kecewa bila mana adik saya cuba berkomunikasi dengan pengawal keselamatan rumah dan mereka tidak memahami. untuk meminta mereka menelefon pihak yang berwajib mengambil masa 15 minit. sayaa terus menelefon bomba untuk bantuan menyelamat memandangkan kebanyakkan mangsa adalah warga emas. salah seorang pakcik dikabarkan menghadapi masalah sakit jantung.

bomba datang dalam masa 15 minit kemudian dan operasi menyelamat pun bermula. berlaku sedikit drama bila mana salah seorang dari pengawal keselamatan itu tidak membenarkan bomba melakukan operasi menyelamat, saya hampir bergaduh dengan lelaki tersebut kerana kedegilan nya hampir menyebabkan salah seorang mangsa mengalami truma dan hampir lemas.








alhamdulillah, dalam masa 10 minit bomba berjaya mengeluarkan mangsa, dan smuanya selamat. walaupun dalam hati amat lah sakit dengan kerenah pengawal keselamatan tadi saya mendiam kan diri dan bermohon maaf dengan para tetamu.

disebabkan rumah saya berada ditingkat enam, adalah agak mustahil warga tua untuk menaiki tangga ke rumah saya , maka saya mengambil ke untuk hanya mengadakan di surau mereka. dan majlis yang sepatutnya meriah menjadi kelam kabut oleh kerana lif yang rosak.

keesokkan harinya saya terus kebahagian pejabat penyelenggaraan dan membuat aduan mengenai masalah ini. bagi saya bukan menjadi masalah kerana lif rosak, tetapi menjadia masalah bila mana lif tidak diselengara dengan baik dan adanya pekerja yang bijaksana tidak membenarkan proses menyelamat dilakukan.

saya juga menulis email aduan kepada pihak yang terlibat mengenai isu ini dan mereka harus menjawab permasalahan ini dalam masa tujuh hari. walaupun jawapan nya saya memperolehi tepat pada masa nya tetapi tidak menjawab beberapa isu yang saya bangkitkan.

mungkin ini bukan rezeki untuk mengadakan majlis dirumah, namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk mengadakan majlis ini pada masa hadapan. insyaallah, jika ada rezeki saya dan suami masih lagi bertekad untuk melakukan majlis kesyukuran dirumah sendiri.



No comments:

Post a Comment