Entrie 26
Assalamualaikum,
Alhamdulillah tahun ini sudah 3 tahun saya menjalani ibadah puasa sebagai isteri. Tahun lepas pertama kali dapat puasa penuh ketika mengandungkan uzair. Tahun ini mungkin tidak tetapi perasaan lain bila mmana sudah menjadi ibu.
Mungkin kerana agak kepenatan dan uzair merengek sepanjang malam maka menu sahur adalah ringkas sahaja.
Nasi putih, sambak telur, dan rendang.
Hari pertama mungkin agak tidak berselera kami berdua. Encik suami pun selsema.
Masih mencari idea untuk menu berbuka puasa.
Perlu mencari menu yang mudah dan cepat.
Uzair juga menemani kami bersahur bersama-sama. Mujur dia merengek, jika tidak mungkin kami tidak bersahur tadi.
No comments:
Post a Comment