Sunday, 14 June 2015

Training dua hari satu malam di bukit tinggi

Text : norwani sulikin

Entri 23

Buat pertama kali terpaksa meninggalkan uzair untuk pergi ke latihan yang diadakan oleh syarikat saya. Pada mula nya agak berat nak meninggalkan uzair bermalam dengan baba alhamdulillah baba berjaya mengharungi malam dengan berjaya.

Hari pertama

Bertolak dari  pejabat saya pada pukul 10 pagi dan sampai di colmar tropical bukit tinggi pada pukul 11.45 pagi. Hidangan tengah hari telah disediakan oleh pihak hotel. Untuk kaum adam mereka ke masjid untuk solat jumaat dan kaum hawa menunggu di bilik mesyuarat yang disediakan. Cuaca pada waktu itu agak suram dan sejuk.


Majlis dimulakan selepas kaum adam pulang dari solat jumaat. Setelah itu kami diberi kunci bilik masing-masing. Dan acara dimulakan. Dalam hati sangat bersebar kerana ini kali pertama saya menjadi pengacara majlis. Walaupun muka nampak bersahaja namun didalam hati hanya Allah saja yang tahu. Tip untuk menjadi pengacara majlis, hendaklah yakin pada diri sendiri. Saya juga tidak yakin pada mula nya dan berlatih untuk membaca nota yang telah dibuat, namun bila sudah mendapat klue maka saya terua kan sahaja dengan cara saya. Ringkas dan bersahaja.

Tamat hari pertama dengan penuh isu dan perbincangan dari pihak pekerja dan majikan.

Perbincangan diteruskan pada malam hari jjugak. Dan selepas tamat sesi perbincangan maka sesi karaoke diadakan. Setiap pekerja termasuk majikan kena menyanyi sebuah lagu. Dan seperti biasa kita perlulah yakin lalu boleh la menyanyi walaupun kalah. 

Lagu : sandarkan pada kenangan. Berduet bebersama abang pejabat.

Program hari kedua disambung ke entri seterusnya. 

Tungu





1 comment:

  1. Teringat pulak kt Shazril.... huwaaaaaaaaaa.. tu la sebelum ni aku selalu dok betekak je dgn dia an.. sobs sobs

    ReplyDelete