Text : Norwani sulikin
Entri 21
Beberapa hari sebelom ini dalam facebook ada ternampak resepi yang agak menarik dimata dan mudah. Selepas balik dari kampung haritu terus ke Hero membeli barang dapur. Memang nampak beza pembelian sebelom dan selepas GST. Kena lah kite bijak berbelanja.
Maka, hari ditunggu sudah sampai. Mengikut resepi elok ayam ini diperap sekurang nya sejam atau semalaman lebih sedap tetapi memandangkan saya ini jenis yang sekejap nak masak sekejap nak makan diluar maka tidak berani mengambil risiko. Maka saya tidak perap ayam ini lama, dalam 15-30 minit saja.
Resepi seperti dibawah. ( untuk 2 orang)
Ayam panggang
Bahan-bahan
2 chiken whole leg
Kuib ayam knors (potong 2)
Halia ( ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Kicap manis
Sos tiram
Cara-cara
Basuh ayam dan lap kan dengan tisu dapur
Cucuk atau kelar ayam supaya senang meresap.
Lumurkan kiub ayam, halia, bawang putih, kicap manis, sos tiram. Biarkan selama sejam. Tetapi saya buat dln 15 minit.
Bakarkan sebentar diatas dapur sehingga agak kulit ayan garing. Pastikan anda meletakkan sedikit minyak diatas kuali. Selepas itu masuk kan didalam over. 200 celcius dalam masa 30-45 minit.
Siap.
Sos cendawan
Bahan-bahan
Sos carbonara ( 1 tin)
Sedikit mentega
Bawang putih
Cendawan butang
1 tin air
Cara-cara
Panaskan butter masukkan bawang putih
Masukkan cendawan biarkan seketika
Masukkan sos carbonara dan air
Biarkan sedikit pekat.
Siap.
Kentang putar
Bahan-bahan
3 biji kentang
Mentega
Susu segar
Garam
Lada hitam
Cara-cara
Rebuskan kentang sehingga empuk atau lembut. Gunakan garfu cucukb kentang untuk tahu sudah masak atau tidak.
Selepas itu toskan, tumbuk kentang sehingga hancur.
Masukkan mentega, jika mahu lebih sedap masukkan lebih mentega. Dan masuk kan sedikit susu. Sesuaikan tahap kelikatan yang anda mahu.
Masuk kan garam dan lada hitan.
Siap.
Masakan seperti ini hanya mengambil masa 30-45 minit sahaja. Apa yang saya lakukan ialah, perap ayam terlebih dahulu. Kemudian rebua kentang. Selepas tu sediakan bahan untuk sos cendawan.
15 minit ayam diperap bakar diatas dapur gas sebentar kemudian masukkan didalam oven.
Kemudian siap kan sos. Dlm masa sos siap, kentang susah lembut dan boleh siapkan kentang putar.
Ayam biarkan sehingga masa, dalam masa yang sama boleh la kemas kan rumah, basuh kain, atau bermain dengan muhammad uzairb budak kacak itu.
Cukup masa, baba pun sama dan makanan siap dimasak
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment