Saturday 29 August 2015

Webpage Qhalid.co

Teks : norwani sulikin

Entri 44

Qhalid.co telah melancarkan webpagenya sendiri di facebook. Jangan lupa untuk like Qhalid.co ye ramai-ramai.
Alhamdulillah semalam dengan pelancaran Qhalid.co berjaya mendapat pelanggan pertama. Memberi semangat kepada kami untuk lebih bekerja keras dalam bidang perniagaan.
Dua bulan lagi uzair akan cukup setahun bermakna saya perlu berusaha lebih untuk mencapai cita-cita untuk tidak berkerja ketika uzair mahu masuk sekolah.

Jangan lupa ye untuk like page Qhalid.co ini ramai-ramai.

untuk tempahan boleh melalui;

PM/Whatapps : 0175539912
Instagram : Qhalid.co
FB : Qhalid.co 

Akhirnya cukup entri 44. Boleh buat laporan kepada cikgu.

Friday 28 August 2015

Qhalid.co - produk shawl untuk semua

Teks : norwani bt sulikin

Entri 43

Alhamdulillah, projek yang dirancang sudah lama, saya bekerjasama dengan adik saya menghasilkan Qhalid.co ini.
Titik peluh duit modal kami hasil kan yang terbaik untuk anda pakai. Kain yang berkualiti tinggi tidak perlu diseterika jika ingin dipakai dengan harga yang murah!



Sila ikuti kami di instagram qhalid.co untuk mendapatkan tudung shawl dengan harga mampu milik.



Boleh juga membeli secara tunai di sekitar perak.



Wednesday 26 August 2015

Resepi - roti cheese meleleh

Teks : norwani sulikin

Entri 42

Menu sarapan pagi yang mudah. Saya mencuba daripada facebook. Enak dimakan bersama salad. Pagi itu dirumah yang ada cuma salad bulat dan tomato. Letak kan sedikit mayonis thousand island dan makan bersama roti dan air teh. Sangat enak.

Selamat mencuba

Resepi - tongkeng ayam goreng butter

Teks : norwani sulikin
Entri  41

Alhamdulillah lagi 3 entri maka tamatlah kelas saya ini. Banyak pengalaman saya dapat melalui blog ini terutamanya kata semangat dari rakan - rakan.

Seperti biasa saya lebih suka masak dirumah untuk makan malam jika tidak penat pulang dari kerja. Sudah terbayang menu yang akan dimasak.
Tetapi seperti biasa harus melayan dengan hero pujaan hati ummi terlebih dahulu. Orabg tua kata jika anak terlebih manja petanda nak dapat adik, wallahuaklam. Ape pun saya menerima rezeki yang Allah bagibdengab hati terbuka.
Jadi, malam ini saya berjaya masak dua menu. Tongkeng ayam dan kacang buncis cendawab sos tiram.
Resepi seperti di bawah dan selamat mencuba..


Saturday 22 August 2015

Resepi - udang masak kam heong

Teks : norwani sulikin

Entri 40

Alhamdulillah, akhirnya sudah sampai entri ke 40, lagi 4 entri maka habis lah tugasan dari cikgu. Pada mulanya saya ingatkan tugasan ini mudah, ketahuilah ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk menulis. Kadang-kadang masa itu ada tetapi idea beku, bila masa tiada idea menxurah-curah.

Malam ini saya mencuba resepi baru yang mudah dan sedap. Rahsia untuk masakan ini ialah mencari udang yang besar. Baru sedap untuk digoreng dan ia rangup.

j

Selamat mencuba. Banyak resepi masakan saya simpan didalam instagam, sila follow saya di norwanisulikin.


Sunday 16 August 2015

Muhammad Uzair Afnan - 9 bulan

Entri 39

Teks : norwani sulikin

Alhamdulillah, uzair sudah 9 bulan. Buat masa sekarang uzair sudah pandai meniarap dan berdiri dengan bantuan. Memang seorang yang lasak. Pantang ditinggalkan sekejap sudah kedapur atau ke bilik air. Kami mengamalkan rumah dengan sedikit perabot sahaja maka tidak lah risau sangat jika terluka.



Budak masam yang sangat manja. Sudah mempunyai gigi 4 batang, bakal tumbuh 2 batang lagi di bahagian atas. 
Uzair sememangnya manja dan dia mempunyai konsep tidak membenarkan ummi kemana-mana, hanya boleh berada dipersekitaran dia sahaja, jika tidak memang akan menangis.
Anak ummi, ummi sentiasa doa anak ummi menjadi anak yang soleh, yang menjaga agama dan menghormati kedua orang tua dan sekeliling.