Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Sunday, 16 August 2015

Muhammad Uzair Afnan - 9 bulan

Entri 39

Teks : norwani sulikin

Alhamdulillah, uzair sudah 9 bulan. Buat masa sekarang uzair sudah pandai meniarap dan berdiri dengan bantuan. Memang seorang yang lasak. Pantang ditinggalkan sekejap sudah kedapur atau ke bilik air. Kami mengamalkan rumah dengan sedikit perabot sahaja maka tidak lah risau sangat jika terluka.



Budak masam yang sangat manja. Sudah mempunyai gigi 4 batang, bakal tumbuh 2 batang lagi di bahagian atas. 
Uzair sememangnya manja dan dia mempunyai konsep tidak membenarkan ummi kemana-mana, hanya boleh berada dipersekitaran dia sahaja, jika tidak memang akan menangis.
Anak ummi, ummi sentiasa doa anak ummi menjadi anak yang soleh, yang menjaga agama dan menghormati kedua orang tua dan sekeliling. 


Thursday, 30 July 2015

Rumah terbuka hari raya 2015

Teks ; norwani sulikin

Entri 38

Tergerak hati untuk mengadakan majlis makan-makan dirumah sempena hari raya. Idea timbul apabila ada rakan menberitahu ingin datang ke rumah bersempena raya. Saya setuju sahaja kerana saya suka masak.
Maka hari sabtu lepas selepas pulang dari rumah terbuka sahabat blog lama kami mula mencari bahan memasak di hero bandar tasik permaisuri, cheras.
Menu untuk esoknya adalah, lontong, kuah kacang daging, rendang ayam, sambal ikan bilis dan biskut raya. Menu ringkas memandangkan saya akan tinggal kesorangan malam itu, encik suami perlu ke pejabat untuk tugas yang menanti.
Malam sabtu saya sempat memasak nasi impit dan sambal tumis sahaja. Itupun ikan bilis yang dikopek sendiri oleh saya sehingga pukul 2 pagi.
Keesokkan harinya saya mulakan dengan merebus daging untuk kuah kacang dan memotong bahan lain untuk lontong dah rendang. Memasak sendiri dengan menu diatas mengambil masa hampir 5 jam untuk siap. Semua menu siap disediakan tepat pukul 3 petang.
Jemputan mula hadir pukul 4 petang dan berakhir pukul 10 malam. Saya hanya menjemput rakan rapat sahaja kerana senang untuk berbual sambil mengetahui perkembangan terkini masing- masing. Alhamdulillah, misi tercapai!



Set pinggan mangkuk correle pemberian ibu mertua saya yang hanya digunakan setahun sekali. Jimat nak beli yang baru agak mahal. Itu adalah permintaan saya ketika ibu mertua bertanya untuk hadiah perkhawinan saya dan encik suami.

Untuk resepi,insyaallah saya akan kongsikan di entri akan datang.





Thursday, 23 July 2015

Hero demam

Teks : norwani sulikin

Entri 36



Hero tumbang petang tadi. Dari malam semalam saya perasan kepala dia panas. Saya lapkan dengan tuala lembap. Ingatkan keesokkan harinya semakin pulih, tetapi pengasuh memberitahu panas kembali pada pukul 1 petang.
Semasa saya mengambil nya untuk pulang sudah panas, sampai sahaja dirumah saya terus mengelap dengan tuala lembap.
Uzair semakin membesar dan manja. Memang nampak ketara bila dia tidak sihat sikap manja nya naik 100%.
Mungkin perjalanan pulang dari kampung yang memakan masa 13 jam dah terpaksa duduk didalam kereta agak lama menyebabkan dia tidak sihat kerana letih. Mungkin selepas ini kami perlu memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam yang lebih pantas.
Semoga anak ummi cepat sembuh dan aktif seperti selalu. Ummi dan baba sudah  ketandusan cuti kerana sudah dua kali kami mengambil cuti yang lama semasa uzair masuk hospital dulu.

diantara doa untuk anak demam adalah seperti dibawah



Amin

Wednesday, 22 July 2015

Muhammad Uzair Afnan 8 bulan

Teks : norwani sulikin

Entri 35



3.7.2015 - 8 bulan

Sudah pandai meniarap dan semakin lasak. Biasa la anak lelaki. Dua kali masuk hospital. Pertama kerana demam berpanjangan bersama dengan tumbuh gigi dua batang. Dan kedua nya kerana batuk dan berkahak. Berkampung la kami dibulan puasa selama tiga hati dua malam. Mungkin kerana fobia semasa uzair lahir maka saya lebih rela tinggal di hospital dari rumah sekurangnya ada doktor boleh melihat perkembangan uzair.
Sudah pandai marah dan merajuk. Paling kesukaan menonton youtube baby song.
Alhamdulillah berkat fisioterapi uzair tiada halangan dalam perkembangan. Gigu sudah tumbuh empat batang.
Diharap uzair sentiasa cergas dan cerdas. Sentiasa menghormati dah menyayangi kedua orang tua dan sekeliling.

Amin.

Sunday, 14 June 2015

Traning dua hari satu malam - bahagian dua

Teks : norwani sulikin

Text 24

Hari kedua.

Akibat aktiviti karaoke tamat pada pukul 2 pagi, saya terlajak tidur. Hanya sempat bersarapan nasi lemak dalam keadaan kelam kabut sebelom aktiviti bermula pada pukul 8.30 pagi.

Aktiviti dimulakan dengan pemanas badan dan selepas itu bermula aktiviti acara mencari harta karun. Saya terpilih menjadi ketua kumpulan.
Acara pertama bermula dengan menjawan kuiz. Banyak soalan yang diberi. Saya menugaskan beberapa ahli untuk mencari jawapan. Secara jujur, saya pun tidak tahu jawapan yang diberi adalah betul atau tidak.
Selepas menjawab soalan yang diberikan dalan masa 30 minit, kami pergi ke acara kedua iaitu memotong nenas dan menbuat dekorasi nenas.
Aktiviti ke tiga ialah mencari duit syiling didalam kolam. Dan selepas itu acara menempak menggunakan senapang pin ball.

Percubaan menembak ke sasaran tetapi tidak berjaya. 

Selepas itu acara bergambar beramai-ramai. 

Alhamdulillah. Tamat hari kedua dan acara penutup. 

Makan tengah hari disediakan. Masa ini hanya memikir untuk pulang dan rindu pada uzair.

Tepat pukul 3 petang kami sampai dikuala lumpur. Pulang dan terus ambil uzair pada pengasuh. 

Sekian.



Thursday, 21 May 2015

PERKEMBANGAN UZAIR 6 BULAN

Teks : Norwani Sulikin

Entri 19

Uzair masih lagi perlu pergi ke fisioterapi untuk menjalani senaman kerana dia lemas ketika kelahiran. jadi dia perlu ke pusat fisioterapi setiap bulan untuk melihat tahap perkembangan nya. Alhamdulillah, dia semakin aktif tetapi selama kami membuat fisioterapi itu uzair tidak pernah melepas tahap 30 minit ke atas.  cukup 30 minit dia akan merasa rimas dan menangis. selalu nya saya akan kalah dan kami pulang.  uzair menjalani fisioterapi di pusat perubatan hospital universiti kebangsaan malaysia (HUKM).

sedikit tips untuk para ibu mengetahui tahap perkembangan anak untuk 6 bulan keatas. tips adalah dari sini


Menjelajahi dengan menggunakan tangan

Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran mengawal gerak tangan bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia menarik objek kepadanya.

Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali.

Apabila bayi anda memahami konsep sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya… dan dunia anda akan menjadi semakin semak dan tidak teratur.

Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?

Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri (kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang lagi satu.

Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun.

Belajar bergolek

Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangannya yang mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda.

Walaupun bayi anda amat seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda menyalin pakaiannya di atas lantai saja.

Bayi anda walaupun kecil suka bersosial

Pada usia ini, bayi anda bukan hanya membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali, namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih: sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi, janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh daripada anda.

Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya semata-mata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda.

Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliat-geliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain.

Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan perlukan.

Main mainan jenis bergilir-gilir

Bayi berusia enam bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya).

Bayi anda yang suka membebel

Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah. Pada usia ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa gabungan konsonan dan vokal.

Ada juga bayi yang menambah satu atau dua suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks. Anda boleh memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersama-sama dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi, 'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi perhatian rapi kepada apa yang diperkatakan seakan-akan anda faham semua yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik.

Bayi anda boleh juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan menangis apabila anda bercakap kasar dengannya.

Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia ketawa.

Merangsang derianya

Bayi anda menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan.

Gembira semasa mendengar cerita

Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa.
Diakhiri dengan uzair harini pergi fisioterapi dengan tiga orang cikgu.


MENU MAKAN MALAM SIMPLE

Teks : Norwani Sulikin

Entri 18

makan malam dengan menu yang ringkas. kalau dahulu boleh sempat masak sekurangnya tiga jenis masakan tetapi sejak uzair muncul didalam kehidupan kami maka semua nya berubah. sebagai seorang ibu yang bekerja saya akan mengambil masa yang lama untuk bermain dengan uzair sebelum menyediakan makan malam. bagi saya hanya beberapa minit sahaja yang saya ada untuk menemani uzair bermain.

kebetulan encik suami hari ini bekerja dari rumah, dan saya semenjak kebelakangan ini rajin memasak dirumah. maka pilihan nya adalah masak dirumah. kebetulan baru-baru ini menonton rancangan astro, mangkuk tingkat bersama ili, teringin pula nak memasak daging dendeng. apa lagi sesi mengoogle resepi tetapi rasa nya macam bukan dengan selera. ingat -ingat lupa resepi dari ili, tapi kite cuba sahaja. dan hasil nya adalah sedap.


 resepi  daging dendeng versi norwani

*sukatan adalah agak-agak dan secukup rasa.

daging
bawang besar*
bawang putih*
halia*
cili besar*
cili padi*
asam jawa

cara-cara

1. rebuskan daging sehingga separa masak, jangan buang air rebusan

2. kisarkan kasar bahan-bahan bertanda * bersama dengan sedikit air rebusan daging tadi.

3. hiris nipis daging dan gorengkan dengan sedikit minyak.

4. toskan daging goreng dan masukkan bahan kisar.

5. goreng bahan kisar sehingga garing dan masukkan air asam jawa, gula, garam, penambah rasa.

6. masukkan daging dan gaul sekejap. siap!



sayur masak lemak versi norwani

bahan-bahan

sayur sawi
sayur lobak putih
bawang besar (dihiris)
bawang putih (dihiris)
ikan bilis
santan

Cara-cara

1. masuk kan smua bahan tadi didalam periuk, masukkan santan dan sedikit air.

2. bila sayur sudah hampir masak masukkan garam dan tutupkan api.

siap!



menu lengkap kami. Alhamdulillah. selamat mencuba.

Wednesday, 20 May 2015

KAMI DAN CUTI-CUTI PORT KLANG

Teks : Norwani bt Sulikin

Entri 16

Tahun 2015 adalah tahun ke tiga usia perkhawinan kami. Alhamdulillah, berjaya menjalani tanggungjawab suami isteri dengan penuh cabaran dan dugaan dari Allah. kebetulan kami ingin berjumpa salah seorang ahli keluarga di Port Klang, dan pada masa itu waktu agak lewat maka kami pun mengambil keputusan untuk bermalam di hotel yang terdekat iaitu Hotel Crystal Crown Port Klang. Saya sendiri pernah pergi ke hotel ini lama dahulu ketika  menjalani latihan untuk menjadi Internal Auditor. 

alhamdulillah, masih ada bilik pada malam itu dan harga satu malam dalam anggaran bawah  RM200. biliknya agak nampak dimamah usia tetapi besar. pancuran air bilik air yang kuat, penting untuk saya bilik air yang selesa dan bersih.

untuk pengetahuan, ini adalah malam pertama untuk uzair tidur selain daripada rumah sendiri atau pun balik kampung. uzair seorang yang sensatif bila dia tidak selesa tidur dalam keadaan dingin daripada penghawa dingin. maka nya, sepanjang malam uzair menangis dan tidak mendapat tidur yang secukupnya. susu juga cepat sejuk kerana penhawa dingin agak sejuk pada malam itu.



/
 

pandangan seorang budak yang tidak mempedulikan apa-apa hanya mainan sahaja.
 
esok pagi nya tepat selepas subuh kami bersiap untuk keluar dari hotel seawal mungkin selepas sarapan pagi. rancangan konon nya untuk menyambut ulangtahun perkhawinan ditunda ke tarikh lain uzair yang sepanjang malam menangis. maka kami kalah dan akan memikirkan rancangan yang seterusnya untuk sambutan ulangtahun ke tiga perkhawinan kami.

makanan di hotel ini agak sedap dan sederhana. kebetulan pada masa itu, terdapat beberapa rombongan dari negara China maka kami memberi peluang kepada mereka untuk makan dahulu. malas rasanya mahu berebut tempat atau makanan, kami hanya duduk sebentar melayan uzair bermain di lobi utama.


gambar budak yang tiba-tiba rambut menjadi tegak ditengah. tepat pukul 10 pagi kami pulang ke rumah. dan menyambung tidur yang secukupnya. Uzair perlukan buaian dan dia boleh tidur 3 jam tanpa gangguan.

terima kasih baba kerana bersabar dengan ummi dalam segala hal. walaupun kebanyakkan rancangan kita tidak berjaya sejak akhir ini, tetapi itu yang menyebabkan hubungan kami semakin akrab. doakan hubungan kite bahagia sampai ke jannah.

insyaallah.

Monday, 18 May 2015

KENDURI DOA SELAMAT UZAIR DAN AKIKAH - PART 1

Teks  : Norwani Sulikin


Entri 13

Alhamdulillah, Allah memberikan kami rezeki lebih dan bersempena dengan umur uzair cukup 6 bulan maka kami bersetuju untuk mengadakan kenduri kesyukuran dirumah kami. perbincangan demi perbincangan suami isteri dilakukan. pada mula nya kami hanya ingin mengadakan majlis kecil kecilan sahaja memandangkan dengan jumlah kos yang mampu hanyalah kecil sahaja. dan untuk kami juga agak gementar memandangkan ini adalah majlis kesyukuran pertama dirumah kecil kami. sebelom ini majlis terbesar kami lakukan ialah jemputan makan makan untuk pertama kali masuk rumah ini. itupun hanya menjemput kawan - kawan sahaja.

untuk mengadakan sebarang majlis, haruslah disediakan budget terlebih dahulu. daripada budget tersebut barulah kita tahu berapa jemputan yang sesuai untuk dijemput. selepas itu perlu difikirkan menu untuk majlis tersebut. untuk majlis kesyukuran ini saya memilih pada waktu malam. maka perlu disediakan, menu utama, pencuci mulut, buah-buahan dan juga minuman. jika ada terlebih budget boleh jugak menyediakan sedikit cenderamata untuk para tetamu.

berikut adalah perkiraan untuk majlis kesyukuran

menu : nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam, acar mentah, papadom, buah tembikai, kuih karipap dan air oren sunquid)

tetamu : 80 orang

budget : RM1000

catering : Pak Mat Catering ( 013-2046225) - sangat puas hati, makanan sedap, servis tepat pada masa.

cenderamata : biskut gula, gula gula, bubur putih bubur merah.


budget cenderamata : 50 orang

 


 majlis yang sepatutnya diadakan dirumah kami terpaksa ditukar akibat daripada lif dirumah rosak dan menyebabkan 8 orang tetamu termasuk suami saya terperangkap didalam lif tersebut. memandangkan kebanyakkan tetamu adalah orang tua maka kami mengambil pendekatan mengubah tempat majlis disurau terdekat.

entri majlis terpaksa diubah akan diceritakan di entri sebelah.

majlis tetap diteruskan walaupun mengambil masa yang lama dan kami hampir tercabut kaki akibat mengangkut makanan 80 orang dari tingkat enam, namun kami mengambil ini pendekatan ini adalah ujian dari Allah dan bersyukur majlis berjalan dengan lancar disurau walaupun sedikit terkilan tidak dapat dilakukan dirumah sendiri.

majlis akikah akan berlangsung dua minggu dari majlis ini.

tunggu...........................













Thursday, 14 May 2015

MAKANAN PERTAMA UZAIR

Teks : Norwani Sulikin

Entri 12

Sumber gambar : google.com

Pejam celik uzair sudah berumur 6 bulan. Alhamdulillah, walaupun menempuhi pelbagai cabaran semasa melahirkan dia, tapi uzair berjaya membesar bagaikan juara. Jadi sebagai ibu yang mementingkan konsep semulajadi saya mula mencari resepi untuk pemakanan bayi.

antara nya

Puri Kurma

Bahan - bahan

1. kurma
2. air

Cara - cara

1. buangkan biji kurma dan kulit nya sekali, steamkan lebih kurang 15 minit dan kisarkan sampai halus.

Puri Kentang

1. Kentang
2. Susu Ibu

Cara - cara
1 buagkan kulit kentang, steamkan / rebus sehingga lembut,  kisarkan dan campurkan dengan sedikit susu ibu.

Bubur Nasi

1. beras
2. air

Cara-cara

1. rebuskan beras sehingga kembang, kisarkan bersama air dan tapis.

berikut antara tips untuk memberi makanan kepada bayi 6 bulan.


selamat mencuba!

Panduan pemakanan bayi 6 bulan ke atas,  hasil dari www.sarakids.com

Makanan pejal atau solid food boleh dimulakan selepas bayi berumur 6 bulan. ^ bulan 1 hari, ibu2 dah boleh mula memperkenalkan anak dengan makanan pejal. Tetapi beberapa perkara harus di ambil kira iaitu:
1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal
2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)
4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa :-) – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)
6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar. :-) apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.
7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! :-)

Wednesday, 29 April 2015

MENU MAKAN TENGAH HARI DI TGIF

Teks: Norwani bt Sulikin

Entri 11

Tahukah anda TGIF dengan melakukan promosi di smua cawangan, makan tengah hari untuk dua orang berjumlah RM 45.90?


kebetulan minggu lepas bersiar siar untuk makan tengah hari. dari bermula steamboat kepada burger dan akhirnya ke TGIF wangsa walk, wangsa maju.

kebetulan smua ini bila ade promosi. sgt la berbaloi untuk dicuba. menu termasuk lah, stater yang pelbagai pilihan, main dish dan untuk dessert cuma tambah RM 10 ringgit. sgt berbaloi bagi kami. banyak pilihan pulak tu.

sepatutnya starter sampai dulu, tetapi disebabkan stress menguruskan kenduri kesyukuran uzair semalam nya maka saya memilih untuk makan dessert terus. alhamdulillah tidak medukacitakan.

pencuci mulut;

berbaloi dengan harga RM10. whip cream, ais krim satu cawan tu dalam ade kekacang, makan memang tidak memuakkan.

pembuka selera





hidangan utama

taco untuk saya. memang mengenyangkan. tak dapat habiskan, kasi bawak bekal balik.



burger untuk encik suami


dan ini adalah peneman saya dunia dan akhirat





Jumlah kerosakkan termasuk Air dan tax adalah RM 88.00







Sunday, 19 April 2015

CARA MEYUSUKAN ANAK KALI PERTAMA

Teks : Norwani bt Sulikin

entrie 9

sumber : google

buat saya selepas melahirkan uzair tidak berjaya untuk menyusukan dia. sedikit perasaan kecewa tetapi Allah maha mengetahui. oleh itu saya bertekad untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin pada masa hadapan. sudah semestinya saya ingin kan anak yang ramai untuk keluarga kami.

berikut adalah cara yang betul untuk penyusuan ibu pertama kali,

Bagaimanakah cara untuk mula menyusukan bayi saya?

Memandangkan sesi penyusuan boleh mengambil masa dari tujuh hingga ke 40 minit, pilihlah tempat yang selesa untuk anda. Keadaan persekitaran adalah sangat penting, terutamanya pada peringkat awal ketika anda masih perlu membiasakan diri. Jika anda mudah diganggu oleh bunyi bising, cari tempat yang senyap. Jika anda mudah bosan, anda mungkin mahu menyusukan bayi di hadapan televisyen, tetapi hanya jika cara itu berkesan bagi anda dan bayi. Cubalah beberapa tempat yang mungkin dahulu sehingga anda menjumpai tempat yang sesuai untuk anda.


Pegang bayi anda dalam posisi yang tidak membuatkan lengan dan belakang anda sakit. Letakkan seberapa banyak kusyen di sekeliling anda untuk sokongan. Ramai wanita mendapati posisi melengkok seperti buaian adalah paling selesa untuk mereka walaupun kegemaran ibu mungkin berlainan. Pastikan anda dan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum mula menyusukan.


Perhatikan bagaimanakah rasa pada buah dada anda semasa bayi anda melekap padanya. Bayi sepatutnya menghisap satu mulut penuh payu dara anda. Jika pelekapan menyakitkan, lepaskan lekapan dengan memasukkan jari kelengkeng anda di antara gusi bayi dan puting anda. Kemudian cuba sekali lagi. Apabila bayi anda dapat melekap dengan baik, dia akan dapat melakukan apa yang perlu seterusnya.

untuk saya, yang penting jangan putus asa, dapatkan ilmu yang secukupnya dan kerap kan bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman.

untuk uzair dia tidak mahu menyusu terus kepada puting maka akhirnya kami menjumpai penyelesaian, nipple protection shield.  dan sejak itu uzair menyusu seperti biasa. walaupun ralat tidak dapat menyusu uzair sepunuhnya tapi saya bersyukur uzair tetap dapat merasai susu anugerah Allah ini.



HERO HATI SAYA - MUHAMMAD UZAIR AFNAN

Teks : Norwani bt Sulikin

Entri 6

Memperkenalkan, hero hati saya, setahun setengah menunggu baru Allah berikan rezeki. Alhamdulillah


Nama : Muhammad Uzair Afnan
Umur : 5 bulan
Hobi : menyorok bawah sofa

sudah pandai meniarap, ke depan dan kebelakang. banyak akal, kadang-kadang pening ummi nak melayan. kalau diingatkan perangai seperti ummi.

Walaupun banyak pancaroba yang terpaksa ditempuhi selama setahun setengah sebelom Allah memberikan nikmat kehamilan, selepas itu nikmat bersalin yang akan saya ceritakan, tetapi sehingga kini saya masih tidak menyangka Allah memberikan saya nikmat menjadi seorang ibu.

setiap hari walau penat tetap segar bila bermain bersama hero ini.

semoga uzair menjadi anak yang soleh, yang taat pada ajaran islam dan menyayangi orang sekeliling. yang paling penting semoga uzair mendapat jodoh yang baik dan boleh membawa uzair ke syurga.

amin.