Showing posts with label catatan pelajar;. Show all posts
Showing posts with label catatan pelajar;. Show all posts

Wednesday, 26 August 2015

Resepi - roti cheese meleleh

Teks : norwani sulikin

Entri 42

Menu sarapan pagi yang mudah. Saya mencuba daripada facebook. Enak dimakan bersama salad. Pagi itu dirumah yang ada cuma salad bulat dan tomato. Letak kan sedikit mayonis thousand island dan makan bersama roti dan air teh. Sangat enak.

Selamat mencuba

Resepi - tongkeng ayam goreng butter

Teks : norwani sulikin
Entri  41

Alhamdulillah lagi 3 entri maka tamatlah kelas saya ini. Banyak pengalaman saya dapat melalui blog ini terutamanya kata semangat dari rakan - rakan.

Seperti biasa saya lebih suka masak dirumah untuk makan malam jika tidak penat pulang dari kerja. Sudah terbayang menu yang akan dimasak.
Tetapi seperti biasa harus melayan dengan hero pujaan hati ummi terlebih dahulu. Orabg tua kata jika anak terlebih manja petanda nak dapat adik, wallahuaklam. Ape pun saya menerima rezeki yang Allah bagibdengab hati terbuka.
Jadi, malam ini saya berjaya masak dua menu. Tongkeng ayam dan kacang buncis cendawab sos tiram.
Resepi seperti di bawah dan selamat mencuba..


Saturday, 22 August 2015

Resepi - udang masak kam heong

Teks : norwani sulikin

Entri 40

Alhamdulillah, akhirnya sudah sampai entri ke 40, lagi 4 entri maka habis lah tugasan dari cikgu. Pada mulanya saya ingatkan tugasan ini mudah, ketahuilah ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk menulis. Kadang-kadang masa itu ada tetapi idea beku, bila masa tiada idea menxurah-curah.

Malam ini saya mencuba resepi baru yang mudah dan sedap. Rahsia untuk masakan ini ialah mencari udang yang besar. Baru sedap untuk digoreng dan ia rangup.

j

Selamat mencuba. Banyak resepi masakan saya simpan didalam instagam, sila follow saya di norwanisulikin.


Thursday, 30 July 2015

Rumah terbuka hari raya 2015

Teks ; norwani sulikin

Entri 38

Tergerak hati untuk mengadakan majlis makan-makan dirumah sempena hari raya. Idea timbul apabila ada rakan menberitahu ingin datang ke rumah bersempena raya. Saya setuju sahaja kerana saya suka masak.
Maka hari sabtu lepas selepas pulang dari rumah terbuka sahabat blog lama kami mula mencari bahan memasak di hero bandar tasik permaisuri, cheras.
Menu untuk esoknya adalah, lontong, kuah kacang daging, rendang ayam, sambal ikan bilis dan biskut raya. Menu ringkas memandangkan saya akan tinggal kesorangan malam itu, encik suami perlu ke pejabat untuk tugas yang menanti.
Malam sabtu saya sempat memasak nasi impit dan sambal tumis sahaja. Itupun ikan bilis yang dikopek sendiri oleh saya sehingga pukul 2 pagi.
Keesokkan harinya saya mulakan dengan merebus daging untuk kuah kacang dan memotong bahan lain untuk lontong dah rendang. Memasak sendiri dengan menu diatas mengambil masa hampir 5 jam untuk siap. Semua menu siap disediakan tepat pukul 3 petang.
Jemputan mula hadir pukul 4 petang dan berakhir pukul 10 malam. Saya hanya menjemput rakan rapat sahaja kerana senang untuk berbual sambil mengetahui perkembangan terkini masing- masing. Alhamdulillah, misi tercapai!



Set pinggan mangkuk correle pemberian ibu mertua saya yang hanya digunakan setahun sekali. Jimat nak beli yang baru agak mahal. Itu adalah permintaan saya ketika ibu mertua bertanya untuk hadiah perkhawinan saya dan encik suami.

Untuk resepi,insyaallah saya akan kongsikan di entri akan datang.





Tuesday, 21 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Teks : Norwani Sulikin

Entri 33

Alhamdulillah, tahun ini kami beraya bertiga. ummi, baba and uzair. Insyaallah jika diikutkan perancangan tahun depan ingin menambah ahli keluarga.

Tahun ini kami beraya dirumah opah di sitiawan, perak. Kami bertolak pulang pada hari rabu petang. tidak berani mengambil risiko melalui jalan lebuhraya, kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan dr sungai besar ke teluk intan dan seterusnya ke sitiawan. Alhamdulillah, bertolak pada pukul 3.30 petang dan kami sampai tepat pada pukul 7.30 malam. sempat berbuka puasa alas perut sebelum makan makanan berat iaitu syabu syabu steamboat di Manjung.

ada kejadian menarik dimalam raya dimana saya telah digigit lipan. pada mula nya saya ingatkan hanya mimpi tetapi bila sakit itu semakin memuncak saya terus kejutkan suami dan mengajak ke hospital terdekat. kami pergi ke hospital pantai manjung, dan khidmat pelanggan yang diberikan adalah sangat memuaskan. doktor juga sangat baik melayan saya. sempat juga lah saya memberitahu saya tidak mahu masuk wad sebab esok nak raya.


gambar kami dihari raya pertama sebelum pegi ke rumah saudara mara. tahun ini saya berusaha untuk sedondon satu keluarga. dan kebetulan ramai juga yang bertemakan royal blue ini.

petang itu kami pulang ke sungai petani untuk menyambut raya bersama tok pula. biasa nya hari raya kedua keluarga suami akan masak spagetti tulang lembu. 


raya tahun ini kami hanya bercuti sekejap kerana kedua kami perlu menyiapkan projek di pejabat. maka hari raya ke tiga kami sudah pulang ke kuala lumpur. 

seperti biasa, jika pulang di hari raya akan mengambil masa yang luar biasa untuk sampai. perjalanan mengambil masa 14 jam untuk sampai ke kuala lumpur. dan sesudah sampai uzair bangun pada pukul lima pagi dan hanya tidur semula pada pukul tujuh pagi. terima kasih kepada encik suami yang sanggup melayan kerenah uzair kerana saya sudah tidak mampu menahan diri untuk tidur.

akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.


Friday, 3 July 2015

3.7.2015 uzair 6 bulan

Teks : norwani sulikin

Entri 32

Alhamdulillah hari ini cukup umur uzair 7 tahun. Petua orang tua tak boleh memberitahu umur sebenar takut nanti ade benda anasir luar berminat.
Buat masa sekarang uzair membesar sebagai johan. Walaupun masih muda tetapi alhamdulillah dia sudah merangkak dan duduk. Masih lagi perlu ke fisioterapi sehingga boleh berjalan.


Budak bijak ini sudah pandai merajuk bila ummi tinggal kan pada pengasuh. Kami pergi membeli baju raya uzair di Sogo dan mungkin dia ingat kami ingin membawanya, tetapi bila mana kami menghantar ke pengasuh terus terpinga-pinga.

Kami pulang dan mengambil nya agak lewat, terus uzair masam sampai lah kami sampai ke jasco maluri.
Masih lagi masam muka sehingga lah kami mencari untuk nya kasut raya. Baru tersenyum.
Untuk saya, pengalaman seorang ibu amat lah berharga. Paling kelakar bila mana anak sudah pandai merajuk.
Semoga uzair menjadi anak yang soleh dan sentiasa menjaga solat, menyayangi kedua ibu bapa dan orang sekeliling.

Amin.

Thursday, 2 July 2015

Menu buka puasa - kacang pool

Teks: norwani sulikin

Entri 30

Menu ini memang popular di johor. Walaupun saya bukan lah orang johor tetapi memandangkan resepi yang dikongsi difacebook agak mudah maka saya tertarik untuk mencuba. Ini adalah kali pertama saya mencuba resepi ini dan pertama kali saya merasa kacang pool ini. Agak menarik dan sedap.


Resepi kacang pool.

Bahan-bahan.

1 tin kacang foul ( jenama kimball) - dilenyek
1 tin baked bean
250g daging hancur
2 sudu serbuk kari daging
2 sudu serbuk ketumbar
Bawang *
Bawang putih*
Halia*
2 cawan air
Sedikit minyak sapi

Cara-cara
Kisarkan bahan bertanda* dan bancuhkan dengan serbuk kari dan serbuk ketumbar.
Panaskan minyak sapi dan masuk kan bahanyang telah dibancuh tadi hingga garing.
Masukkan daging dan biarkan seketika, masukkan kacang foul dan kacang baked bean. Masuk kan air. 
Masukkan garam,gula dan perasa.
Tunggu hingga sedikit pekat.
Siap.

Hiasan

Bawang merah dipotong dadu
Telur separuh masak
Cili
Roti kopitiam

Nota: kacang foul juga dikenali sebagai kacang parang.

Selamat mencuba

Saturday, 27 June 2015

Ais blanded buah strawberry

Teks : norwani sulikin

Entri 29

Alhamdulillah ramadhan datang lagi. Seperti biasa kebanyakkan hari dibulan puasa saya lebih suka memasak sendiri. Kami suami isteri lebih suka terus ke hidangan berat untuk bebuka puasa.

Kebetulan ada strawberry yang masih belom dimakan dan idea terus datang untuk ais blanded strawberry. Bila idea tiba kena lah disegerakan pembuatan kerana pernah strawberry tu kecut sahaja didalam peti sejuk.

Nampak luaran seperti tidak sedap tetapi cuba lah harus menjilat jari. Encik suami yang tidak berapa gemarkan buah strawberry pun dua kali tambah.



Resepi

Bahan-bahan
Buah strawberry
Yogurt
Ais ketul
Ais krim vanila

Cara-cara
Kisarkan smua bahan tadi. Pastikan perasa adala selari dan sedap.

Siap



Wednesday, 3 June 2015

Salam takziah buat keluarga mertua

Text : Norwani Sulikin

Entri 20

Assalamualaikum.

Sudah agak lama meninggalkan blog kesayangan ini, sangat la sibuk dengan alam pekerjaan mahupun rumah tangga.

Semas cuti hari pekerja bulan lepas kami sempat pulang ke sungai petani. Pada masa itu abang ipar saya susah agak tidak sihat tetapi pihak hospital menyatakan tiada apa permasalahan Permasalahan. Maka kami berjalan ke alor star sebelom mahu pulang ke kuala lumpur bila mana ibu mertua menelefon menyatakan abg ipar telah dibawa ke hospital kerana hampir rebah didalan bilik air.

Kami terus bergegas ke hospital abdul halim dan menunda perancangan untuk pulang pada hari itu. Sempat juga bertemu dengan nya walaupun sebentar. Didalam hati masih berharap agar abg ipar akan pulih seperti biasa.

Tepat 26 hari abg ipar didalam wad icu, dia dipanggil ilahi. Alhamdulillah, anak-anak nya sempat untuk menatap wajah ayah mereka untuk kali terakhir.

Buat suami yang memang sudah membeli tiket untuk pulang ke sungai petani pada pukul 10 pagi dihari sabtu meneruskan perjalanan manakala saya menaiki kapal terbang untuk pulang.

Alhamdulillah, suami sempat untuk solat jenazah abang nya tetapi saya tidak sempat bérjumpa. Tidak mengapa, kerana hospital banyak membantu menyelesaikan jenazah secepat mungkin.

Buat keluarga arwah abang ipar diharap mereka tabah menghadapi ujian pada masa hadapan.

Dan segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kita sendiri.

Wallahuaklam.

Sunday, 26 April 2015

SURAT KEPADA CIKGU - 1

teks : norwani bt sulikin

Entri 10

kepada cikgu,

ketahuilah saya bukan la pelajar pemalas,saya sangatlah sibuk menyelesaikan dua majlis kesyukuran untuk anak saya. oleh kerana itu segala kerja rumah saya terpaksa ditunda.

satu majlis kesyukuran telah diadakan yang bakal saya ceritakan nanti, tetapi saya sangat lah runsing bila mana kerja sekolah saya tidak menjadi didalam blog. agak kelakar tetapi itulah ciri-ciri saya yang suka kalah dipertengahan jalan. alhamdulillah suami lagi sekali penyelamat yang memberi semangat untuk menyambung semula kisah didalam blog ini.

jadi sebelom saya bermula dengan kisah majlis kesyukuran yang penuh dengan drama saya menyampaikan entri ini dahulu sebagai nota diatas kelewatan saya menyambung kelas ini.

sekian



anak murid yang degil.