Friday 16 October 2015

Pengalaman terindah - menjadi penghantar barang

Entri 49

Teks : Norwani sulikin

Dikala ini saya sangat lah penat kerana siang tadi saya menjadi penghantar barang. Walaupun menghantar barang menggunakan kereta tetapi malam ini membuatkan saya terpikir, agak penat sebenarnya bekerja sebagai menghantar Surat ataupun barang.
Hari ini demi kerana mengejar project untuk disiapkan saya meminta bantuan seorang pekerja untuk membawa saya memasukkan cek ke dalam cek deposit di bangsar kemudian ke one utama Petaling Jay untuk membeli kamera projek syarikat saya Dan akhirnya menghantar kesemua kotak ke Port klang untuk penghantaran ke Kemaman.
Mungkin bagi saya dahulu ia adalah perkara mudah. Tetapi ketahuilah ia sangat memenatkan. Saya bersyukur selama bekerja saya cuma perlu berada di pejabat sahaja.
Apabila sampai dirumah membuatkan saya terfikir bagaimana abang penghantar Surat boleh bertahan sedangkan saya yang cuma 4 tempat sahaja sudah mengeluh?
 Menimbulkan kekesalan pada saya kerana selama ini asyik memberikan alasan tentang pekerjaan sepatutnya saya lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah.
Mata tidak boleh ditahan Dan memandangkan esok saya masij perlu bekerja lebih baik saya memikirkan bagaimana untuk meningkatkan prestasi dalam pekerjaan.
Terima kasih ya Allah, sedikit pengalaman yetapi seribu penyesalan saya perolehi dengn sikap asyik merugut.

Waaalluaklam.

2 comments: