Thursday 30 July 2015

Rumah terbuka hari raya 2015

Teks ; norwani sulikin

Entri 38

Tergerak hati untuk mengadakan majlis makan-makan dirumah sempena hari raya. Idea timbul apabila ada rakan menberitahu ingin datang ke rumah bersempena raya. Saya setuju sahaja kerana saya suka masak.
Maka hari sabtu lepas selepas pulang dari rumah terbuka sahabat blog lama kami mula mencari bahan memasak di hero bandar tasik permaisuri, cheras.
Menu untuk esoknya adalah, lontong, kuah kacang daging, rendang ayam, sambal ikan bilis dan biskut raya. Menu ringkas memandangkan saya akan tinggal kesorangan malam itu, encik suami perlu ke pejabat untuk tugas yang menanti.
Malam sabtu saya sempat memasak nasi impit dan sambal tumis sahaja. Itupun ikan bilis yang dikopek sendiri oleh saya sehingga pukul 2 pagi.
Keesokkan harinya saya mulakan dengan merebus daging untuk kuah kacang dan memotong bahan lain untuk lontong dah rendang. Memasak sendiri dengan menu diatas mengambil masa hampir 5 jam untuk siap. Semua menu siap disediakan tepat pukul 3 petang.
Jemputan mula hadir pukul 4 petang dan berakhir pukul 10 malam. Saya hanya menjemput rakan rapat sahaja kerana senang untuk berbual sambil mengetahui perkembangan terkini masing- masing. Alhamdulillah, misi tercapai!



Set pinggan mangkuk correle pemberian ibu mertua saya yang hanya digunakan setahun sekali. Jimat nak beli yang baru agak mahal. Itu adalah permintaan saya ketika ibu mertua bertanya untuk hadiah perkhawinan saya dan encik suami.

Untuk resepi,insyaallah saya akan kongsikan di entri akan datang.





Selamat datang ke Gerai Norwani Sulikin di letsmasak.com

Teks ; norwani sulikin

Entri 37

Thursday 23 July 2015

Hero demam

Teks : norwani sulikin

Entri 36



Hero tumbang petang tadi. Dari malam semalam saya perasan kepala dia panas. Saya lapkan dengan tuala lembap. Ingatkan keesokkan harinya semakin pulih, tetapi pengasuh memberitahu panas kembali pada pukul 1 petang.
Semasa saya mengambil nya untuk pulang sudah panas, sampai sahaja dirumah saya terus mengelap dengan tuala lembap.
Uzair semakin membesar dan manja. Memang nampak ketara bila dia tidak sihat sikap manja nya naik 100%.
Mungkin perjalanan pulang dari kampung yang memakan masa 13 jam dah terpaksa duduk didalam kereta agak lama menyebabkan dia tidak sihat kerana letih. Mungkin selepas ini kami perlu memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam yang lebih pantas.
Semoga anak ummi cepat sembuh dan aktif seperti selalu. Ummi dan baba sudah  ketandusan cuti kerana sudah dua kali kami mengambil cuti yang lama semasa uzair masuk hospital dulu.

diantara doa untuk anak demam adalah seperti dibawah



Amin

Wednesday 22 July 2015

Muhammad Uzair Afnan 8 bulan

Teks : norwani sulikin

Entri 35



3.7.2015 - 8 bulan

Sudah pandai meniarap dan semakin lasak. Biasa la anak lelaki. Dua kali masuk hospital. Pertama kerana demam berpanjangan bersama dengan tumbuh gigi dua batang. Dan kedua nya kerana batuk dan berkahak. Berkampung la kami dibulan puasa selama tiga hati dua malam. Mungkin kerana fobia semasa uzair lahir maka saya lebih rela tinggal di hospital dari rumah sekurangnya ada doktor boleh melihat perkembangan uzair.
Sudah pandai marah dan merajuk. Paling kesukaan menonton youtube baby song.
Alhamdulillah berkat fisioterapi uzair tiada halangan dalam perkembangan. Gigu sudah tumbuh empat batang.
Diharap uzair sentiasa cergas dan cerdas. Sentiasa menghormati dah menyayangi kedua orang tua dan sekeliling.

Amin.

Tempahan Biskut raya

Teks : norwani sulikin

Entri 34

Alhamdulillah tahun ini adalah tahun pertama saya mengambil tempahan untuk bbiskut raya. Saya mengambil tiga jenis biskut untuk tempahan.
1. Biskut Coklat chip
2. Biskut butter
3. Semperit susu


Alhamdulillah. Rezeki dibulan puasa. Menerima tempahan dari majikan di pejabat sebanyak 35 pek untuk pekerja. Selama dua hari juga lah saya menyiapkan tempahan. Rezeki juga saya mengambil risiko membeli oven lebih besar untuk menyiapkan tempahan ini.


Tempahan siap lagi seminggu kita berhari raya. Diharap semua biskut seperti sample yang diberi sewaktu sebelum bulan puasa.
Selain dari itu saya juga menerima tempahan dari online juga offline dari saudara mara dan rakan-rakan.
Insyaallah saya akan menghasilkan lebih banyak produk untuk hari raya pada tahun hadapan.




Tuesday 21 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015

Teks : Norwani Sulikin

Entri 33

Alhamdulillah, tahun ini kami beraya bertiga. ummi, baba and uzair. Insyaallah jika diikutkan perancangan tahun depan ingin menambah ahli keluarga.

Tahun ini kami beraya dirumah opah di sitiawan, perak. Kami bertolak pulang pada hari rabu petang. tidak berani mengambil risiko melalui jalan lebuhraya, kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan dr sungai besar ke teluk intan dan seterusnya ke sitiawan. Alhamdulillah, bertolak pada pukul 3.30 petang dan kami sampai tepat pada pukul 7.30 malam. sempat berbuka puasa alas perut sebelum makan makanan berat iaitu syabu syabu steamboat di Manjung.

ada kejadian menarik dimalam raya dimana saya telah digigit lipan. pada mula nya saya ingatkan hanya mimpi tetapi bila sakit itu semakin memuncak saya terus kejutkan suami dan mengajak ke hospital terdekat. kami pergi ke hospital pantai manjung, dan khidmat pelanggan yang diberikan adalah sangat memuaskan. doktor juga sangat baik melayan saya. sempat juga lah saya memberitahu saya tidak mahu masuk wad sebab esok nak raya.


gambar kami dihari raya pertama sebelum pegi ke rumah saudara mara. tahun ini saya berusaha untuk sedondon satu keluarga. dan kebetulan ramai juga yang bertemakan royal blue ini.

petang itu kami pulang ke sungai petani untuk menyambut raya bersama tok pula. biasa nya hari raya kedua keluarga suami akan masak spagetti tulang lembu. 


raya tahun ini kami hanya bercuti sekejap kerana kedua kami perlu menyiapkan projek di pejabat. maka hari raya ke tiga kami sudah pulang ke kuala lumpur. 

seperti biasa, jika pulang di hari raya akan mengambil masa yang luar biasa untuk sampai. perjalanan mengambil masa 14 jam untuk sampai ke kuala lumpur. dan sesudah sampai uzair bangun pada pukul lima pagi dan hanya tidur semula pada pukul tujuh pagi. terima kasih kepada encik suami yang sanggup melayan kerenah uzair kerana saya sudah tidak mampu menahan diri untuk tidur.

akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.


Friday 3 July 2015

3.7.2015 uzair 6 bulan

Teks : norwani sulikin

Entri 32

Alhamdulillah hari ini cukup umur uzair 7 tahun. Petua orang tua tak boleh memberitahu umur sebenar takut nanti ade benda anasir luar berminat.
Buat masa sekarang uzair membesar sebagai johan. Walaupun masih muda tetapi alhamdulillah dia sudah merangkak dan duduk. Masih lagi perlu ke fisioterapi sehingga boleh berjalan.


Budak bijak ini sudah pandai merajuk bila ummi tinggal kan pada pengasuh. Kami pergi membeli baju raya uzair di Sogo dan mungkin dia ingat kami ingin membawanya, tetapi bila mana kami menghantar ke pengasuh terus terpinga-pinga.

Kami pulang dan mengambil nya agak lewat, terus uzair masam sampai lah kami sampai ke jasco maluri.
Masih lagi masam muka sehingga lah kami mencari untuk nya kasut raya. Baru tersenyum.
Untuk saya, pengalaman seorang ibu amat lah berharga. Paling kelakar bila mana anak sudah pandai merajuk.
Semoga uzair menjadi anak yang soleh dan sentiasa menjaga solat, menyayangi kedua ibu bapa dan orang sekeliling.

Amin.

Thursday 2 July 2015

Review sambal belimbing pahang dan pucuk ubi goreng dari aleeyas kitchen

Teks : norwani sulikin

Entri 31

Entri ini tidak boleh ditunggu lama-lama kerana takut keseronokkan nya hilang. Saya tidak pernah mencuba sambal belimbing pahang sehinggalah salah seorang rakan membawa sambal itu ke pejabat untuk dijual. Dan dia menyediakan sample untuk dicuba. Bagi saya sedap. Sedikit kering tetapi sedikit agak hangus. Ada rakan menyatakan rasa itu tidak sedap dan saya tidak membelinya sehinggalah seorang blogger lain menaikkan entry mengenai sambal pahang ini. Iaitu puan suraya dientri ini.
Entri ini sememangnya menaikkan semangat untuk merasa kenikmatan sambal pahang. Tetapi belom rezeki saya untuk membelinya.
Pejam celik ramadhan menjelang tiba, ada ketika saya tidak berselera ketika sahur dan terus terpikir entri tersebut.
Terus menghubungi aleesyas kitchen dan berjaya untuk slot pos laju keesokkan hari nya. Untuk pengetahuan pos laju hanya dilakukan pada hari selasa. selain nya anda boleh melakukan cod ditempat anda dengan sedikit bayaran penghantaran.
Hari berganti hari, saya mengharapkan menerima bungkusan pada hari rabu, sepatutnya pos laju dijamin sampai esok tetapi hampa. Saya mendapat bungkusan itu pada hari kamis.
Pucuk ubi goreng saya pernah mencuba ketika datang ke rumah sahabat saya di palong negeri sembilan. Sedap dan rangup. Saya juga pernah mengidam untuk makan pucuk ubi goreng ini semasa mengandung uzair dulu. Bagi saya makanan ini sangat susah untuk didapati dan tidak ramai orang muda mengetahui menu ini.
Kedua makanan ini sangat sesuai dimakan bersama nasi putih panas, sambal belimbing pahang, pucuk ubi goreng dan telur mata . Tetapi saya tukarkan kepada ayam goreng kunyit. Memang menakjubkan rasanya. Alhamdulillah selain kenyang dua kali tambah nasi kenyang juga dengan kesedapan dari tukang masak.
Jadi kepada anda yang belom mencuba masakan ini sangat disyorkan mencuba. Insyaallah tidak mendukacitakan. Ikuti mereka di instagram "aleeyaskitchen". Dan selepas itu boleh la juga follow saya di " norwanisulikin"

Sekian review saya. Selamat mencuba.

Menu buka puasa - kacang pool

Teks: norwani sulikin

Entri 30

Menu ini memang popular di johor. Walaupun saya bukan lah orang johor tetapi memandangkan resepi yang dikongsi difacebook agak mudah maka saya tertarik untuk mencuba. Ini adalah kali pertama saya mencuba resepi ini dan pertama kali saya merasa kacang pool ini. Agak menarik dan sedap.


Resepi kacang pool.

Bahan-bahan.

1 tin kacang foul ( jenama kimball) - dilenyek
1 tin baked bean
250g daging hancur
2 sudu serbuk kari daging
2 sudu serbuk ketumbar
Bawang *
Bawang putih*
Halia*
2 cawan air
Sedikit minyak sapi

Cara-cara
Kisarkan bahan bertanda* dan bancuhkan dengan serbuk kari dan serbuk ketumbar.
Panaskan minyak sapi dan masuk kan bahanyang telah dibancuh tadi hingga garing.
Masukkan daging dan biarkan seketika, masukkan kacang foul dan kacang baked bean. Masuk kan air. 
Masukkan garam,gula dan perasa.
Tunggu hingga sedikit pekat.
Siap.

Hiasan

Bawang merah dipotong dadu
Telur separuh masak
Cili
Roti kopitiam

Nota: kacang foul juga dikenali sebagai kacang parang.

Selamat mencuba