Teks ; norwani sulikin
Entri 37
Showing posts with label mula bisnes coklat chip. Show all posts

Thursday, 30 July 2015
Wednesday, 22 July 2015
Tempahan Biskut raya
Teks : norwani sulikin
Entri 34
Alhamdulillah tahun ini adalah tahun pertama saya mengambil tempahan untuk bbiskut raya. Saya mengambil tiga jenis biskut untuk tempahan.
1. Biskut Coklat chip
2. Biskut butter
3. Semperit susu

Alhamdulillah. Rezeki dibulan puasa. Menerima tempahan dari majikan di pejabat sebanyak 35 pek untuk pekerja. Selama dua hari juga lah saya menyiapkan tempahan. Rezeki juga saya mengambil risiko membeli oven lebih besar untuk menyiapkan tempahan ini.
Tempahan siap lagi seminggu kita berhari raya. Diharap semua biskut seperti sample yang diberi sewaktu sebelum bulan puasa.
Selain dari itu saya juga menerima tempahan dari online juga offline dari saudara mara dan rakan-rakan.
Insyaallah saya akan menghasilkan lebih banyak produk untuk hari raya pada tahun hadapan.
Monday, 22 June 2015
Biskut raya untuk dijual
Teks : norwani sulikin
Entri 28
Alhamdulillah, sudah 5 hari kita berpuasa. San projek bulan puasa saya pun bermula. Semoga murah rezeki kami untuk tempahan biskut raya tahun ini. Ini kali pertama saya mengambil tempahan. Setakat ini tempahan agak memberangsangkan, saya pun takut untuk menerina banyak tempahan, ketuhar saya saiz kecil sahaja.
Buat masa ini saya fokuskan kepada empat jenis biskut.
Crazy crunch
RM15/30 pcs
Biskut semperit
RM15/30 pcs
Biskut mentega
RM15/30pcs
Biskut chocolate chip
RM15/30pcs
Untuk sesiapa yang ingin menempah biskut boleh lah menghubungi saya dia;
Fb: norwani sulikin
Ig: norwani sulikin
Email: pnnorwanisulikin@gmail.com

Thursday, 4 June 2015
Biskut raya butter cookies dan coklat chip
Text : Norwani bt sulikin
Entri 22
Tahun ini buat pertama kali saya memberanikan diri mengambil tempahan biskut raya. Sample buat masa ini masih diedarkan kepada para sahabat.
Sentiasa dalam solat memohon bantuan sebab saya sendiri ada pasang surut tahap kerajinan. Kadang-kadang bila emosi rajin menjelma saya boleh menyiapkan dua jenis biskut (50 biji) dalam satu masa. Bila masa malas sebiji biskut pun malas nak buat.
Hanya dua jenis biskut ini sahaja saya mampu untuk menerima tempahan buat masa sekarang.
Biskut juga datang dengan pakej ekonomi iaitu
Biskut butter cookie - RM 15 (30 pcs)
Biskut coklat chip - RM 15 ( 30 pcs)
Hantaran terus jika anda di sri petaling atas sekitar westport. Untuk kawasan bandar kuala lumpur akan dilakukan pada hari minggu. Takut tak sempat dilakukan pada hari biasa.
Jangan lupa menempah ye. Boleh hubungi saya. Norwani - 0175539912

Tuesday, 19 May 2015
COKLAT CHIP, GERMAN COOKIES DAN TEMPAHAN DIBUKA LAGI
Teks : Norwani Sulikin
Entri 15
bersempena bulan ramadhan pada bulan hadapan, insyaallah jika dipanjangkan umur, saya akan mengambil tempahan untuk biskut coklat chip dan biskut german cookies.
harga masih sama tidak berganjak walaupun GST telah dilaksanakan. COD di Sri petaling dan Westport. Untuk hujung minggu boleh dilakukan di sekitar KLCC, Cheras san kawasan berdekatan dengan nya. cas penghantaran menggunakan pos hanya dikenakan RM 10.
Biskut yang sedap menggunakan 100% mentega yang berkualiti tinggi. rasa seperti biskut famos amos. insyaallah. dijamin halal dan sedap hingga menjilat jari.

Product : biskut coklat chip
RM 25 / 400 gram
product : german cookies
RM 25 / 400 gram
hubungi : 0175539912 - wani
COD ; Sri petaling, Westport Port Klang
Sunday, 19 April 2015
BISKUT GERMAN COOKIES UNTUK DIJUAL
Teks : Norwani bt Sulikin
Entri 8
Diantara produk hasil tangan saya yang pertama ialah biskut german cookies. untuk dua tahun menyambut hari raya saya membuat biskut ini dan mendapat pujian. mudah dan bahan-bahan senang untuk didapati.

product : biskut german cookies
RM 25 / 25 pcs
hubungi : 0175539912 - wani
COD ; Sri petaling, Westport Port Klang
Saturday, 18 April 2015
BISKUT COKLAT CHIP UNTUK DIJUAL
Teks : Norwani bt Sulikin
Entrie 2
Bermula dari minat memasak dan hanya menjamu kepada rakan rakan rapat, saya mula beralih mencuba membuat biskut. Alhamdulillah, daripada tujuh jenis biskut yang saya cuba lima daripadanya menjadi. setelah tiga kali mencuba membuat biskut coklat chip saya akhirnya memberanikan diri membawa sample untuk dicuba ke pejabat. dan Alhamdulillah mendapat pujian.
Dengan niat jika diizinkan Allah saya ingin menjual biskut coklat chip ini, pada hari yang sama di surau pejabat saya, seorang rakan ketika itu mengandung bercerita bahawa dia mengidam makan biskut raya. Kebetulan sample biskut masih berbaki dan saya memberikan kepada nya untuk dicuba. Dan itulah tempahan pertama saya. Syukur pada tuhan yang telah murahkan rezeki saya,
Keesokkan hari saya bertanya kepada rakan sepejabat jika dia mahu membeli biskut lebihan, dimana saya buat satu bancuhan boleh peroleh dua bekas untuk dijual, dan Alhamdulillah ia berjaya dijual. Kebetulan suami juga ada membawa contoh biskut coklat chip untuk jamuan Tahun Baru Cina dipejabatnya dan mendapat dua tempahan.
Pada mulanya takut untuk mencuba dalam bidang masakan biskut ini tetapi Alhamdulillah, idea untuk mengembangkan perniagaan ini mencurah-curah buat masa sekarang. Perlu kesabaran dan usaha yang gigih untuk memastikan biskut coklat chip ini berjaya masa dimasa hadapan.

product : biskut coklat chip
RM 25 / 400 gram
hubungi : 0175539912 - wani
COD ; Sri petaling, Westport Port Klang
Friday, 17 April 2015
PENGENALAN DIRI
Text : Norwani bt Sulikin
Assalamualaikum,
Dua malam saya mencari idea untuk sesi pengenalan ini tetapi tiada idea lagi ingin menulis. Terasa ingin berputus asa tetapi mengenangkan suami yang sentiasa menyokong idea WAHM ini maka gagahkan diri mencari idea.
Nama saya Norwani, saya dilahirkan pada bulan oktober 1983. Alhamdulillah sudah 32 tahun Allah meyurniakan usia ini berserta dengan keadaan kesihatan yang sihat. Anak ke empat dari lima adik beradik. Mempunyai seorang kakak, dua orang abang dan juga seorang adik perempuan. Jarak saya dan adik saya adalah sebelas tahun. Mungkin kerana jarak yang jauh, saya kadang-kadang dipanggil dengan panggilan "adik" oleh adik beradik saya dan anak penjaga saya dahulu semasa kecil.
Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sg Tiram dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Batu Sepuluh, Lekir. Selepas itu saya menyambung pelajaran Pra - Diploma di Universiti Teknologi Mara Kuala Pilah selama 6 bulan. Mengambil jurusan Diploma Komputer Sains di Universiti Teknologi Mara Arau Perlis selama 3 tahun. Saya mengambil latihan industri di salah sebuah syarikat teknologi sistem di Sri Manjung, Perak selama enam bulan.
Selepas tamat latihan industri saya terus mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Pada masa itu tiada niat ingin menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah kerana memikirkan tidak mahu membebankan ibu dikampung dan berbakti kepada nya.
Pekerjaan pertama saya sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di Vads, untuk syarikat TM net , Streamyx. Disana saya banyak belajar teknik percakapan dalam bahasa enggeris dan alhamdulillah saya masih menggunakan teknik itu sehingga kini. Hampir 5 bulan saya bekerja di Taman Tun Dr Ismail dan saya berjaya membeli harta pertama saya iaitu motosikal modenas kriss. Masih lagi dalam keadaan baik sehingga kini dan digunakan oleh ibu saya. Peristiwa saya pernah diragut ketika menaiki motosikal menyebabkan saya truma dan saya mencari pekerjaan lain selepas lapan bulan bekerja disana. Akhirnya saya mendapat kerja di Megan Avenue 2, Ampang park dan selepas itu di Amcorp Mall, Kedua-dua pekerjaan ini saya bekerja sebagai Helpdesk. Ketika itu saya masih mencari rentak apakah minat saya dialam perkerjaan ini. Pekerjaan terakhir saya didalam bilang teknologi maklumat adalah sebagai Data Operator di Cyberjaya selama hampir 2 tahun sebelum saya bekerja di bidang Oil and Gas. Semasa bekerja di Cyberjaya jugak lah saya berjaya memperoleh harta saya yang kedua iaitu sebiji kereta Myvi.
Mengenali seorang lelaki dialam maya ketika itu, dan berjumpa sambil bertukar pendapat mengenai pengalaman menyambung belajar secara kebetulan memberi peluang saya menghantar resume saya kepada syarikat dia bekerja. Ketika itu saya menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kewangan secara sambilan tahun pertama. Alhamdulillah saya diterima bekerja sebagai Pembantu Am kepada Asset Manager di salah sebuah syarikat berhampiran KLCC. Saya bekerja disana selama tiga tahun, dan disitulah saya menemui minat saya terhadap pekerjaan. Di sana saya diajar cara-cara membeli barang-barang kapal, menyusun fail kapal, berkomunikasi bersama anak-anak kapal dan sebagainya. Alhamdulillah, saya beroleh seribu satu pengalaman dari segi pekerjaan, pergaulan dan sosial.
Syarikat saya pada masa itu mengalami masalah kewangan dan akhirnya saya mendapat perkejaan lain di Kuala Lumpur juga, dan semasa bekerja disyarikat itulah saya berkhawin bersama pilihan hati setelah 2 tahun bercinta. Perkhawinan yang ringkas dan meriah. Alhamdulillah. Disyarikat ini juga saya mempunyai ramai kawan kawan yang membantu dari segi emosi dan rohani kerana saya belom lagi dikurniakan anak pada masa itu dan mendapat tekanan kerana umur sudah tiga puluh tahun.
Setelah itu, rezeki perkhawinan saya mendapat pekerjaan dalam bidang operasi di salah sebuah syarikat di Sri Petaling sehingga sekarang. Bekerja disyarikat ini banyak mengajar saya erti kehidupan dan menerima orang disekeliling kita dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah, selepas tiga bulan saya bekerja disini saya mendapat berita gembira, saya hamil. Dan sembilan bulan selepas itu saya dikurniakan dengan seorang anak lelaki.
Pengalaman meninggalkan anak buat kali pertama pada pengasuh pada hari pertama bekerja membuatkan saya berfikir, sampai bila saya mahu bekerja dan meninggal kan anak pada orang lain. Dan sejak itu saya mencari-cari peluang perniagaan yang sesuai untuk saya ceburi. Alhamdulillah, Allah menyurniakan idea untuk membuat biskut coklat chip untuk dijual. Dan saya sudah mendapat beberapa tempahan. Ini lagi membuatkan saya mahu menceburi bidang perniagaan yang relax tapi boleh membantu pendapatan suami isteri. Dan akhirnya saya menjumpai WAHM ini dan suami adalah pendorong utama untuk saya menceburi bidang ini. Terima kasih suami. Insyaallah saya akan menggunakan segala ilmu yang dibekalkan ini dan berusaha sehingga berjaya berhenti kerja dalam masa dua tahun lagi.
Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)