Saturday 18 April 2015

BISKUT COKLAT CHIP UNTUK DIJUAL

Teks : Norwani bt Sulikin

Entrie 2

Bermula dari minat memasak dan hanya menjamu kepada rakan rakan rapat, saya mula beralih mencuba membuat biskut. Alhamdulillah, daripada tujuh jenis biskut yang saya cuba lima daripadanya menjadi. setelah tiga kali mencuba membuat biskut coklat chip saya akhirnya memberanikan diri membawa sample untuk dicuba ke pejabat. dan Alhamdulillah mendapat pujian.

Dengan niat jika diizinkan Allah saya ingin menjual biskut coklat chip ini, pada hari yang sama di surau pejabat saya, seorang rakan ketika itu mengandung bercerita bahawa dia mengidam makan biskut raya. Kebetulan sample biskut masih berbaki dan saya memberikan kepada nya untuk dicuba. Dan itulah tempahan pertama saya. Syukur pada tuhan yang telah  murahkan rezeki saya,

Keesokkan hari saya bertanya kepada rakan sepejabat jika dia mahu membeli biskut lebihan, dimana saya buat satu bancuhan boleh peroleh dua bekas untuk dijual, dan Alhamdulillah ia berjaya dijual. Kebetulan suami juga ada membawa contoh biskut coklat chip  untuk jamuan Tahun Baru Cina dipejabatnya dan mendapat dua tempahan.

Pada mulanya takut untuk mencuba dalam bidang masakan biskut ini tetapi Alhamdulillah, idea untuk mengembangkan perniagaan ini mencurah-curah buat masa sekarang. Perlu kesabaran dan usaha yang gigih untuk memastikan biskut coklat chip ini berjaya masa dimasa hadapan.


product : biskut coklat chip
RM 25 / 400 gram
hubungi : 0175539912 - wani
COD ; Sri petaling, Westport Port Klang

1 comment: