Wednesday 3 June 2015

Salam takziah buat keluarga mertua

Text : Norwani Sulikin

Entri 20

Assalamualaikum.

Sudah agak lama meninggalkan blog kesayangan ini, sangat la sibuk dengan alam pekerjaan mahupun rumah tangga.

Semas cuti hari pekerja bulan lepas kami sempat pulang ke sungai petani. Pada masa itu abang ipar saya susah agak tidak sihat tetapi pihak hospital menyatakan tiada apa permasalahan Permasalahan. Maka kami berjalan ke alor star sebelom mahu pulang ke kuala lumpur bila mana ibu mertua menelefon menyatakan abg ipar telah dibawa ke hospital kerana hampir rebah didalan bilik air.

Kami terus bergegas ke hospital abdul halim dan menunda perancangan untuk pulang pada hari itu. Sempat juga bertemu dengan nya walaupun sebentar. Didalam hati masih berharap agar abg ipar akan pulih seperti biasa.

Tepat 26 hari abg ipar didalam wad icu, dia dipanggil ilahi. Alhamdulillah, anak-anak nya sempat untuk menatap wajah ayah mereka untuk kali terakhir.

Buat suami yang memang sudah membeli tiket untuk pulang ke sungai petani pada pukul 10 pagi dihari sabtu meneruskan perjalanan manakala saya menaiki kapal terbang untuk pulang.

Alhamdulillah, suami sempat untuk solat jenazah abang nya tetapi saya tidak sempat bérjumpa. Tidak mengapa, kerana hospital banyak membantu menyelesaikan jenazah secepat mungkin.

Buat keluarga arwah abang ipar diharap mereka tabah menghadapi ujian pada masa hadapan.

Dan segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kita sendiri.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment