Sunday 14 June 2015

Menu makan tengah hari

Teks : norwani sulikin

Entri 25


Akibat keletihan balik dari traning di bukit tinggi, saya malas ingin melakukan aktiviti luar. Maka hari ini adalah projek masak.

Menu ayam masak merah, sayur sawi sos tiram dan begedil ( resepi sendiri)

Resepi ayam masak merah

Bahan-bahan

Ayam
Cili,bawang besar,halia,belacan dikisar halus.
Minyak
Asam keping
Garam
Gula
Sos cili

Cara-cara
Gorengkan ayam sehingga sedikit garing. Angkat dan toskan.
Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi, danmasukkan cili kisar,goreng sehingg garibg. Dan masuk kan sos cili,asam keping,garam dan gula.
Masukkan ayam goreng tadi dan biarkan seketika.
Siap.

Resepi sayur sawi sos tiram

Bahan-bahan

Sawi
Bawang putih
Sos tiram
Air
Minyak
Garam

Cara-cara
 Masuk kan minyak dan gorengkan bawang putih.
Masuk kan sos tiram dan letakkan sedikit air.
Masukkan sawi dan goreng seketika.
Siap.


Resepi begedil

Bahan-bahan


Kentang
Telur
Bawang goreng
Kacang buncis
Sedikit mentega
Cili merah
Bawang cincang

Cara-cara


Rebuskan kentang sehingga lembut
Sementara itu potong dadu kacang buncis,cili dan bawang.
Kentang yang sudah lembut dilenyek bersama mentega.
Masukkan bahan yang telah dipotong dadu dan bawang goreng. Bentukkan bulat.
Celupkan kedalam telur dan goreng.
Siap.



Alhamdulillaj. Lengkap makan tengah hari kami. Menu untuk sahur juga  boleh digunakan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment